KUANTAN, 18 Ogos 2010 - Bagi membantu mengisi tabung Baitul Husna, ABIM Pahang telah menganjurkan program Iftar Infaq. Program ini telah disertai seramai 30 orang ahli yang telah sudi menaja jamuan berbuka puasa untuk anak-anak Baitul Husna. Duit tajaan selebihnya dimasukkan ke dalam tabung Baitul Husna - Rumah Anak Yatim Fakir Miskin kelolaan ABIM Pahang, untuk digunakan bagi perbelanjaan hariannya.
Program bermula pada jam 6.45 petang dengan majlis tahlis ringkas diikuti dengan jamuan berbuka puasa. Seterusnya ialah solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan sesi Tazkirah. Tazkirah telah disampaikan oleh Sdr. Amidi bin Abdul Manan yang merupakan Timbalan Presiden ABIM Pusat. Majlis diteruskan dengan solat Isyak serta solat sunat Tarawih.
0 ulasan:
Post a Comment