"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

3.7.10

ABIM Raikan Bakat Ilmiyah Pelajar Tahifz

KUANTAN, 3 Julai : Bertempat di Dewan Bakawali, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Jalan Teluk Sisek, Kuantan, ABIM Pahang telah menganjurkan Majlis Ilmiyah Tahfiz. Program ini adalah acara tahunan ABIM Pahang menerusi program pengajian Kelas Tahfiz ABIM yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah.

Di antara acara yang dipertandingkan ialah Laungan Azan, Nasyid, Bercerita, Kuiz Agama, Tilawah Al-Quran, Membaca Jawi, dan Hafazan. Ternyata pelajar-pelajar Tahfiz ABIM telah berjaya menonjolkan bakat mereka dalam bidang Ilmiyah selaras dengan objektif program pengajian ini diwujudkan.

Seramai 500 orang telah hadir ke program pada tahun ini. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YDP ABIM Pahang, Sdr. Muhammad Hisyamudin.





0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More