"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

18.8.10

ABIM Lancar Program Amal 3SB



KUANTAN - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pahang melancarkan Program Kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras (3SB) bagi mengumpulkan bahan makanan itu untuk diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik sempena bulan Ramadan ini.


Program dengan kerjasama Majlis Bellia Daerah (MBD) Kuantan dan Kelab Pemilik Proton Saga BLM (PROSBOC) berlangsung selama dua minggu bermula 11 hingga 30 Ogos depan.

Yang Dipertuanya, Muhammad Hisyamudin Baharudin berkata, dalam tempoh itu, sumbangan kampit beras daripada orang ramai akan dikmpulkan di beberapa pusat pengumpulan terpilih sebelum diagihkan kepada mereka yang memerlukan bermula 31 Ogos hingga 7 September depan.

Menurutnya, orang ramai yang berhajat untuk bersedekah boleh menyumbang beras sama ada kampit seberat lima (kg) atau 10 kg.

"Kami juga menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai mengikut kadar harga beras yang ditetapkan iaitu RM15 untuk 5kg dan RM27 untuk 10kg.

"Wang sumbangan penderma ini akan digunakan untuk membeli beras dan barangan makanan lain untuk diagih-agihkan kepada golongan daif termasuk fakir miskin, anak yatim, mualaf dan ibu tunggal sekitar daerah Kuantan," katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran kempen 3SB di Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota di sini, semalam.

Muhammad Hisyamudin berkata, program itu kali ke empat dianjurkan di Pahang dan untuk tahun-tahun sebelumnya ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

"Tahun lalu kita berjaya mengumpul tiga tan beras dan untuk tahun ini diharapkan jumlahnya akan bertambah untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Sumber : Sinar Harian Pahang, Selasa 17 Ogos 2010, P2 Sentral.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More