"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

18.7.10

Rehlah Ukhuwwah


KUANTAN, 18 Julai 2010 - Bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara ABIM Pahang, PKPIM-UIAM Kuantan serta pelajar-pelajar baru yang mendaftar di Kampus UIAM Kuantan, satu program rehlah ukhuwwah telah diadakan. Ianya diadakan di Pantai Sepat, Kuantan bermula jam 9.00 pagi.


Seramai 50 orang ahli-ahli PKPIM-UIAM Kuantan telah menyertai program ini di samping barisan pimpinan ABIM Pahang. Program dimulakan dengan aktiviti Taaruf bermodul dan 'group binding'. Para peserta telah memberikan penglibatan yang baik bagi menjayakan modul ini. Aktiviti mengeratkan ukhuwwah seterusnya dilakukan secara tidak formal semasa menyediakan jamuan makan serta membakar ayam BBQ.


Dalam ucapan yang disampaikan oleh Yang Dipertua ABIM Pahang, beliau menyarankan supaya program-program 'spiritual-ukhuwwah outing' seperti ini perlu diadakan dengan kerap. Ini bagi memastikan ukhuwwah yang tulen sesama ahli-ahli jemaah akan sentiasa subur sebagai bekalan dalam gerak kerja dakwah kepada masyarakat. Bagi memastikan ukhuwwah sentiasa erat, maka ahli-ahli PKPIM-UIAM Kuantan disarankan supaya solat secara berjemaah, makan secara berjemaah serta bermusafir secara berjemaah.


0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More