"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

15.7.10

Malam Miftah PKPIM-UIAM Kuantan


INDERA MAHKOTA, 15 Julai 2010 - Tradisi PKPIM-UIAM Kuantan menyambut kedatangan pelajar baru daripada Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya diteruskan lagi untuk tahun ini. Program yang turut dihadiri oleh pimpinan ABIM Pahang ini telah diadakan di Kulliyah of Science, Kampus UIAM Kuantan.


Seramai 40 orang ahli-ahli PKPIM-UIAM Kuantan yang sebahagiannya adalah pelajar baru Tahun 1 telah hadir ke program ini. Program bermula dengan majlis berbuka puasa sunat Khamis dan diikuti dengan Solat Maghrib berjemaah. Selepas itu pimpinan PKPIM-UIAM Kuantan telah membuat penerangan mengenai gerak kerja mereka di kampus Kuantan ini kepada pelajar baru.


Selepas solat Isyak, majlis diteruskan dengan sesi tazkirah yang telah disampaikan oleh Sdr. Amidi Abdul Manan (Timbalan Presiden ABIM). Turut hadir ke majlis tersebut adalah Sdr. Abu Qassim Norazmi (Naib Presiden Antarabangsa PKPIM), Sdr. Muhammad Hisyamudin (YDP ABIM Pahang) dan Sdr. Norilyani (PSU ABIM Pahang).

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More