"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

7.7.10

Majlis Ilmiah Tahfiz Cungkil Bakat Murid

KUANTAN - Majlis Ilmiah Tahfiz Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 2010 berjaya mencungkil bakat kanak-kanak dan menyedarkan ibu bapa mengenai potensi diri anak-anak mereka.

Yang Dipertua ABIM Kuantan, Ahmad Damanhuri Abd Rashid berkata, acara itu berjaya melahirkan ramai kanak-kanak yang berbakat dalam pelbagai bidang agama. Menurutnya, aktiviti itu tidak hanya memaklumkan kepada ibu bapa mengenai kebolehan dan kesungguhan ditunjukkan anak-anak masing-masing.

"Sepuluh Tahfiz ABIM di sekitar daerah ini berusaha untuk mencapai objektif penganjuran iaitu memberi pendedahan kepada kanak-kanak dan mewujudkan budaya positif dalam kalangan mereka," katanya.

Beliau berkata, antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan membaca Al-Quran, membaca jawi, nasyid dan bercerita. Menurutnya, sehingga kini, kelas Tahfiz turut memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam membentuk peribadi Muslim sebenar pada diri mereka.

"Kita bukan sahaja memberi pendidikan formal tetapi turut memupuk potensi yang ada dalam diri kanak-kanak terbabit," katanya.

Ahmad Damanhuri juga mengharapkan supaya ibu bapa lebih berusaha dalam membentuk anak masing-masing menggunakan ilmu bersesuaian dengan perubahan masa.

"Bukan senang untuk mendidik anak-anak dalam keadaan corak pendidikan yang semakin berubah. Terkini, kita dimaklumkan mengenai cadangan pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah," katanya.

Seramai 500 peserta yang terdiri daripada ibu bapa menghadiri majlis tahunan anjuran ABIM itu.

Sumber : Sinar Harian Pahang, 7 Julai 2010

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More