"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

17.7.10

ABIM Hadiri Seminar Israk & MIkraj

KUANTAN, 17 Julai 2010 - Seminar Israk dan Mikraj peringkat Negeri Pahang telah diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan umat Islam terhadap peristiwa agung Israk dan Mikraj yang telah berlaku ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang, Majlis Belia Negeri Pahang dan Pergerakan Puteri Islam Pahang.


Objektif program ini adalah untuk nenanam kesedaran yang tinggi di dalam jiwa generasi belia agar mempertingkatan taqwa kepada Allah s.w.t dan mendidik belia tentang peristiwa Israk Mikraj. Selain itu, untuk menjana pemikiran yang kreatif dan futuristik tentang kewajipan seorang muslim/muslimah. Ianya juga bertujuan untuk memantapkan kefahaman yang sebenar terhadap falsafah kefardhuan solat dan kepentingan mendirikannya untuk umat Islam.

Ceramah-ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hamdan Yusi bin Yusuf (Kembara Agung) dan Ustaz Mahmud Mat (Sahsiah Murni Hidup Harmoni dan Wanita Pendidik Dalam Penghayatan ISrak dan Mikraj). Di sebelah petang pula sesi forum bertajuk Wasiat Israk dan Mikraj telah disampaikan oleh Ustaz Badlishah Alaudin, Ustaz Mahmud Mat dan Ustazah Safiah Abdul Razak.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YB. Norol Azali bin Sulaiman yang merupakan Presiden Majlis Belia Negeri Pahang merangkap ADUN Guai. Turut memberikan ucapan ialah Tn. Hj. Ghazali bin Abdul Aziz (Pemangku Pengarah JAIP). ABIM Pahang telah diwakili oleh Yang Dipertua dan Setiausahanya.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More