"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

6.6.10

Pra-Pelancaran Laman Web Infaq Saya

Kajang, 5 Jun 2010 - Bertempat di Bilik Syura Kolej Darul Hikmah (KDH), Sungai Ramal Dalam, Kajang, majlis Pra-Pelancaran Laman Web Infaq Saya telah disempurnakan. Program ini telah dihadiri oleh ahli-ahli ABIM dan WADAH yang mewakili setiap negeri. Majlis telah disempurnakan oleh Ybhg. Prof. Madya Saharuddin Badaruddin yang merupakan Timbalan Pengerusi Syura Pusat.

Setiausaha Kewangan ABIM Pusat, Sdr. P. Aizan Tukirin dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan projek Infaq Saya adalah penjenamaan semula kepada Projek Kewangan ABIM atau ringkasnya PKA25 yang digunakan sebelum ini. Jenama baru ini digunakan selaras dengan pertambahan jumlah penyumbang serta maklum balas positif daripada mereka. Dalam masa yang sama, projek Infaq Saya ini disokong oleh sistem pengurusan berkomputer yang sistematik dan boleh dicapai secara atas talian.

Prof. Madya Saharuddin pula menerangkan bahawa sejak 40 tahun penubuhan ABIM, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjana pendapatan jemaah. Pendapatan yang kukuh adalah sangat penting untuk memastikan operasi harian Sekretariat ABIM Pusat tidak akan terjejas di samping pembiayaan bagi menganjurkan program-program dakwah di seluruh negara. Justeru, selepas pelbagai sumber bantuan kewangan diperolehi, namun sumbangan kewangan yang paling baik adalah datangnya daripada ahli-ahli sendiri. Ini kerana, sumbangan ahli disaluti dengan niat ikhlas dan jihad ekonomi yang tulen. Secara tidak langsung, faktor keberkatan akan bersama-sama dalam urusan kewangan jemaah.

ABIM Pahang diwakili oleh YDP dan Setiausaha dalam majlis ini. Di hujung program, ABIM Pusat telah berbesar hati untuk mengagih-agihkan bantuan kewangan kepada negeri-negeri hasil daripada sumbangan yang terkumpul dalam projek PKA25 dan Infaq Saya ini.

Kami mengalu-alukan sumbangan anda semua. Maklumat lanjut bolehlah diperolehi daripada laman web http://www.infaqsaya.com.my

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More