"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

6.6.10

Pahang Riders bantah kekejaman Israel


KUANTAN 6 Jun - Pelbagai cara dilakukan oleh umat Islam di negara ini bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kejam tentera Israel ke atas kapal misi keamanan Mavi Marmara dan terkini merampas pula kapal MV Rachel Corrie kelmarin yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan membantu rakyat Palestin di Gaza.

Terbaru, Pahang Riders dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melancarkan emel bantahan kepada pemimpin-pemimpin dunia.

Emel itu akan terus dihantar kepada 156 ketua-ketua kerajaan melalui laman web www.pahangriders.com.

Ini termasuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz berkata, orang ramai boleh memasuki laman web tersebut untuk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kejam Israel itu.

Katanya, pendekatan seperti itu secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada orang ramai betapa sukarnya penduduk Palestin untuk meneruskan hidup.

"Ini juga merupakan tanda kasih sayang kita kepada penduduk Palestin yang kini dizalimi oleh Israel," katanya ketika berucap pada majlis Konvoi Gaza Flotilla dan Pelancaran Emel Kepada Pemimpin Dunia di sini, semalam.

Sebelum itu, seramai kira-kira 150 buah motosikal mengadakan konvoi mengelilingi sekitar bandar ini sebelum mengadakan perhimpunan di perkarangan kompleks membeli-belah Kuantan Parade di sini bagi menyatakan bantahan kepada Israel.

Dalam perhimpunan itu mereka turut membawa sepanduk berbunyi Israhell, hentikan pembohongan dan Gaza Flotilla, wira kemanusiaan.

Ahli konvoi turut melaungkan Anti Israel, Hentikan sekatan ke atas Gaza, Jahanam Israel dan 'Yahudi Laknatullah.

Mohamad Sahfri berkata, beliau berbangga dengan inisiatif Pahang Riders yang berjaya menghimpunkan anak-anak muda untuk bersama-sama membantah tindakan Isreal tersebut.

"Saya berbangga anak-anak muda mengikuti sekali bantahan ini. Saya harap semangat ini dapat diteruskan pada masa akan datang," ujarnya.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi (waktu Malaysia) Isnin lalu, 19 orang dipercayai terbunuh selepas komando Israel menyerang kapal Turki, Mavi Marmara yang dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Gaza.

Sumber berita : Utusan Online

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More