"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

27.6.10

MoU Dengan KBI


SHAH ALAM, 26 Jun 2010 - Satu Memorandum Persefahaman telah ditandatangani di antara ABIM Pahang dengan Koperasi Belia Islam (KBI) pada hari ini. Majlis menandatangani MoU ini diadakan bersempena dengan Konvensyen Ekonomi : Memperkasa Ekonomi Jamaah dan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KBI ke 32 di Quality Hotel, Shah Alam, Selangor pada hari ini.


MoU tersebut antara lain adalah ikatan persefahaman untuk berkerjasama bagi membangun dan mendirikan sebuah Kompleks Pendidikan ABIM di sekeping hartanah seluas 4.002 ekar yang terletak di Indera Mahkota Kuantan. Kompleks tersebut akan menempatkan Sekolah Rendah Islam (SERI) ABIM Pahang yang baru serta cadangan untuk membangunkan Sekolah Menengah Islam (SEMI) di negeri Pahang ini.

ABIM Pahang telah diwakili oleh Sdr. Azman Alik (Setiausaha Kewangan) manakala pihak KBI pula telah diwakili oleh Tn. Hj. Samsuddin bin Zainal (Pengerusi KBI)

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More