"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

12.6.10

ABIM Rayu Bantuan Bina Sekolah Islam

KUALA LUMPUR, 12 Jun : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merayu bantuan orang ramai mengumpul dana bagi membina komplekas Sekolah Rendah Islam (SERI) dan Sekolah Menengah Islam (SEMI) yang dianggarkan bernilai RM13.5 juta di Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Presiden ABIM, Muhammad Razak Idris berkata, ketika ini, SERI sedia ada di Bandar Indera Mahkota yang beroperasi sejak hampir 20 tahun lalu mempunyai lebih 500 murid, sudah tidak lagi mampu menampung keperluan masyarakat setempat yang meningkat.
Sehubungan itu, katanya, ABIM bercadang membina sebuah kompleks baru yang dilengkapi dengan SEMI di tanah wakaf di Jalan Kompleks Tun Abdul Razak yang mampu menampung lebih 1,000 murid dan pelajar dalam suasana pembelajaran lebih selesa.

"Pembinaan kompleks itu turut merangkumi blok pentadbiran, kantin, pusat sumber, makmal, surau dan blok asrama yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM13.5 juta.

"Berikutan itu, ABIM merayu sumbangan orang ramai untuk pembinaan kompleks berkenaan bagi menampung keperluan pembelajaran murid dan pelajar yang semakin meningkat," katanya ketika mengunjungi Balai Berita, di sini semalam.

Muhamad Razak berkata, orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkannya melalui akaun Bank Islam 6019010034666 atau melayari www.sri-inderamahkota.edu.my .

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, ABIM turut memohon bantuan orang ramai memberi sumbangan membina sebuah bangunan tambahan empat tingkat di SERI Alor Setar, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar bernilai RM1.5 juta bagi menampung keperluan pelajarnya.

"Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menyalurkan terus wang menerusi akaun Bank Islam 02011010061441 atau hubungi talian 04-7339063," katanya.

sumber : Berita Harian, 12 Jun 2010

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More