"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

27.6.10

Kursus Pemimpin Belia Berkaliber

CHERATING, 27 Jun 2010 ~ Sebagai komitmen ABIM Pahang dalam aktiviti belia secara umum, ABIM Pahang turut menyertai program Kursus Pemimpin Belia Berkaliber peringkat Negeri Pahang. Program ini adalah anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan dikawal selia oleh JBS Pahang. Ianya telah diadakan di Cherating Bay Resort bermula pada 24 Jun dan berakhir pada 27 Jun 2010.

Sesuai dengan sasaran program ini adalah untuk melatih sebanyak 5000 pemimpin belia berkaliber di seluruh negara, ianya telah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin pertubuhan belia perinkat negeri Pahang. Pengisian program telah disediakan oleh konsultan Synergy Active Training yang diketuai oleh Pn. Mazibah Mohd Zin dan dibantu oleh dua fasilitator.


ABIM Pahang telah diwakili oleh Yang Dipertua dan Setiausaha.

Banyak pengisian program telah diberikan. Di antaranya ialah ceramah mengenai prinsip kepimpinan, kepimpinan yang berjaya, konsep dan realiti kesukarelaan serta forum kepimpinan. Selain itu, turut diadakan aktiviti khidmat masyarakat di sekitar Kampung Cherating Lama yang berdekatan dengan tempat program.

Program telah ditutup rasmi oleh YB Norol Azali bin Sulaiman yang merupakan Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang merangkap ADUN Guai.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More