"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

29.5.10

Kursus Kepimpinan Rasulullah dan Ziarah

Tanjung Lumpur, 28 Mei 2010 :: Bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara 2010 Peringkat Negeri Pahang, ABIM Pahang telah menganjurkan program Kursus Kepimpinan Rasulullah dan Ziarah. Program ini diadakan dengan kerjasama JBS Pahang, Majlis Belia Daerah Kuantan dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Program kursus diadakan di Maahad Tahfiz manakala program ziarah diadakan di Kampung Peramu, Tanjung Lumpur, Kuantan.

ABIM Pahang terlibat sebagai fasilitator dalam program kursus kepimpinan yang disertai oleh 180 orang pelajar Maahad Tahfiz. Mereka didedahkan dengan amalan kepimpinan Rasulullah SAW dalam bentuk ceramah dan juga latihan dalam kumpulan. Para peserta kemudiannya membuat pembentangan berdasarkan topi-topik tertentu yang berkaitan dengan Rasulullah SAW.


Pada 29 Mei pula, ABIM Pahang, JBS, MBD Kuantan dan Maahad Tahfiz telah disertai oleh JKKK Kampung Peramu, Kelab Viva Kuantan dan Pelajar-Pelajar Perubatan UIAM Kuantan untuk turun berjumpa dengan masyarakat Kampung Peramu dalam program ziarah. Lebih bermakna lagi ialah kehadiran YB. Dato' Hj. Wan Adnan bin Wan Mamat (Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Pahang) dalam program tersebut.


YB. Dato' Wan Adnan bersama-sama peserta program telah menziarahi penduduk kampung yang memerlukan. Sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur dan sedikit wang tunai juga disampaikan. Selain itu, peserta program juga membantu sebuah keluarga untuk membetulkan atap rumahnya selain daripada pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Perubatan UIAM Kuantan.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More