"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

31.5.10

Belia perlu hayati perjuangan Rasulullah

KUANTAN 30 Mei - Golongan belia perlu menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam memupuk nilai-nilai positif dari sudut kepimpinan dan jati diri dalam menghadapi cabaran global masa kini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, pemimpin muda sewajarnya mempamerkan personaliti yang unggul dan memahami hubungan sosial antara kaum seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad SAW.

''Sejajar dengan tema sambutan Hari Belia pada tahun ini iaitu 'Belia kreatif pemacu pembangunan negara,' belia seharusnya mencontohi perjuangan Rasulullah SAW dari segi kepimpinannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Ziarah Ukhwah Rasulullah sempena sambutan Hari Belia peringkat negeri di Kampung Peramu di sini semalam.

Hadir sama, Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Kuantan, Osman Bukhari.

Kira-kira 300 belia dan beliawanis termasuk pelajar Maahad Tahfiz Pahang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Kelab Kereta Viva di sini terlibat dalam program ziarah itu.

Menurut Wan Adnan, melalui program tersebut, golongan belia bergotong-royong membantu masyarakat warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan berpendapatan rendah mengurangkan beban kehidupan mereka.

''Mereka akan ditugaskan membantu membaiki rumah yang usang dan menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada golongan tersebut.

''Melalui program sebegini, golongan belia menghayati kesusahan hidup masyarakat tersebut sekali gus berazam untuk membantu mereka," jelasnya.

Sumber : Utusan Online

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More