"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

28.5.10

Bacaan Yaasin dan Tahlil Hari Belia

Tanjung Lumpur, 27 Mei 2010 :: Bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara 2010 Peringkat Negeri Pahang, ABIM Pahang dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Pahang telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil. Majlis telah diadakan di Masjid Jamek Tanjung Lumpur, Kuantan.

Program turut diserikan dengan kehadiran YB. Dato' Wan Adnan bin Wan Mamat yang merupakan Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Turut hadir ialah Hj. Tuan Rahim bin Tuan Baharu (Pengarah JBS).


Majlis dikendalikan oleh Sdr. Ahmad Damanhuri (YDP ABIM Kuantan) diikuti dengan penyampaian Tazkirah oleh Sdr. Amidi bin Abdul Manan (Timbalan Presiden ABIM Pusat). Majlis telah dihadiri oleh ahli-ahli pertubuhan belia, penduduk tempatan dan wirawan-wirawati PLKN Kem Hijrah Pekan.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More