KUANTAN, 6 Mac 2010 :: Bagi menyemarakkan lagi bulan Maulidur Rasul, Sekolah Rendah Islam (SERI) ABIM Indera Mahkota, Kuantan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini. Program telah diadakan di Dewan Sekolah. Bersempena dengan program itu juga, satu Sesi Dialog Bersama Ibu Bapa dan Guru turut diadakan. Program telah dihadiri oleh guru-guru SERI, ibu-bapa dan tetamu undangan.
Program dimulakan dengan bacaan Salawat memuji dan memuliakan Nabi Muhammad SAW. Salawat dipimpin oleh Ustaz Nuri (Bilal Masjid Indera Mahkota 2). Program diteruskan dengan ucapan YDP ABIM Pahang diikuti dengan ucapan Pengerusi BAKA. Program diteruskan dengan sesi Tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Izaludin (Timbalan Pengerusi BAKA).

Majlis disambung dengan sesi dialog bersama ibu bapa. Pelbagai persoalan telah dibangkitkan oleh ibu bapa dan guru-guru yang berkenaan telah memberikan ulasan. Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari.
0 ulasan:
Post a Comment