"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

19.3.10

Pembukaan "Baitul Husna" Di Medan Dakwah

Hasrat murni untuk melebarkan jalur dakwah di tengah-tengah masyarakat akhirnya telah diperkenankan oleh Allah SWT. "Baitul Husna" yang merupakan projek pembangunan sosial dalam membela nasib anak-anak yatim telah muncul di persada dakwah negeri Pahang.

Baitul Husna yang dibantu dan dibimbing oleh Dato' Dr. Abdul Razak Kechik (senior ABIM - Pemenang Anugerah Maulidur Rasul 1431H) digerakkan usaha awalnya oleh Sdr. Norazlan bin Abdul Rahman (mantan exco ABIM Pahang). Turut berusaha ialah Sdr. Hilmi bin Mohamad yang kini bertindak sebagai Pengurus Baitul Husna di samping pembabitan ABIM Pahang sedari awal usaha ini dijalankan.

Kami mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan dan sumbangan bagi memastikan nasib dan masa depan anak-anak penghuni Baitul Husna akan terus terbela dan akhirnya akan menjadi individu Islamiy yang akan kembali menyumbang kepada agama Islam apabila tiba masanya kelak.

Malkumat lanjut mengenai Baitul Husna boleh dilayari di laman blog http://baitulhusnabktskl.blogspot.com

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More