"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

20.3.10

Malam Bacaan Yassin dan Solat Hajat

Dipetik dari Laman Blog Baitul Husna.

Malam tadi, pengurusan Baitul Husna mengadakan majlis bacaan Yassin dan tazkirah sempena pembukaannya. Insya'allah, segala yang dirancang akan berjalan dengan baik.

Alhamdulillah jua, Dato' Dr. Razak Kechik, seharian menghabiskan masa di Baitul Husna. Memberi sedikit taklimat dan latihan kepada pengurusan dan pekerja. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan. Dan moga ini dikira sebagai satu amalan yang besar di akhirat kelak.

Terkesan dengan Tazkirah Dr Razak menghuraikan Surah Al-Balad, Jalan manakah yang kita cari? Jalan yang senang atau jalan yang mendaki bukit? Dan yang pastinya dalam melakukan kerja - kerja dakwah, kerja kebaikan tiada jalan yang senang. Jalan yang senang bermakna tidak membuat apa - apa pun. Tetapi jalan Allah ialah jalan yang berliku - liku, penuh dengan kesusahan. Tetapi yakinlah kesusahan ini kita serahkan kepada Maha Pencipta, nescaya ada jalan keluarnya. Di dalam membuat kebaikan, pasti ada halangan. Nasihat beliau tempuhi dan hadapi halangan dan bukannya lari serta tidak berbuat apa - apa.

Kebaikkan kepada anak yatim menghampirkan kita kepada Rasulullah s.a.w. Ganjarannya besar di sisi Allah. Dan yang pasti, jika kita berbuat kebaikan, bukan sahaja kepada diri sendiri. Tetapi mendatangkan kebaikan kepada ramai orang. Rahmat kebaikan kepada penduduk setempat, kepada orang terdahulu yang mewakafkan tempat, orang terdahulu yang mewakafkan tanah. Itulah nilai kebaikan yang tidak pernah habis dan rahmat kepada semua orang.

Selagi mampu berbuatlah sedekah samada dari wang ringgit, tenaga, masa dan apa sahaja yang boleh. Dan akhirnya moga Allah menerima dan memudahkan segala urusan.

Dipetik dari Laman Blog Baitul Husna.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More