"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

30.3.10

ABIM sokong kempen Kami Prihatin


Dipetik dari Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 29 Mac - Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia terus mendapat sokongan dengan yang terbaru, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersedia membantu menjayakan kempen kemanusiaan itu.

Presiden ABIM, Muhammad Razak Idris berkata, pertubuhan itu sangat menghargai usaha sedemikian kerana ia adalah tanggungjawab sosial yang seharusnya dipikul oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini bagi membendung gejala sosial yang semakin menular.

"ABIM akan menyokong penuh usaha Utusan Malaysia ini dan menyertai apa juga kegiatan yang dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang jenayah pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kempen Kami Prihatin dianjurkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) serta Astro.

Ia diadakan bagi membangkitkan kesedaran masyarakat tentang kes-kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi.

Muhammad Razak berkata, kesediaan ABIM menyertai kempen Kami Prihatin itu didorong oleh kebimbangan terhadap gejala sosial berkenaan yang semakin berleluasa.

"Ini masalah lama, cuma akhir-akhir ini ia semakin banyak. Kita perlu mengambil langkah yang proaktif membantu menangani isu ini. Bukan kerajaan sahaja yang perlu bertindak tetapi semua rakyat di negara ini.

"Kes-kes itu menunjukkan kesan negatif hasil dasar keterbukaan global semakin meresap ke dalam jiwa masyarakat kita. Ini sangat bahaya dan kita perlu buat sesuatu," katanya.

Beliau berkata, semua rangkaian sukarelawan ABIM yang beroperasi di lebih 100 cawangan di setiap daerah di seluruh negara bersedia untuk membantu Utusan Malaysia menjayakan kempen itu.

"Kita juga bercadang melancarkan pusat sehenti akhir tahun ini bagi membolehkan wanita-wanita bermasalah datang kepada kita untuk dibantu mendapatkan perlindungan dan kaunseling," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia Online

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More