"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

17.1.10

Pernyataan Muhibah dan Perpaduan NGO Islam dan Kristian Negeri Pahang

LATAR BELAKANG

Beberapa insiden yang mengakibatkan kemusnahan rumah ibadat seperti masjid dan gereja baru-baru ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang agama dan bangsa di Malaysia sedang digugat oleh pihak tertentu. Perilaku ini sudah menular di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Sekiranya perilaku ini berlarutan ia dikhuatiri akan merebak dan menjadi semakin serius.

PREMIS
  • Menyedari bahawa teras perpaduan rakyat amat terkait rapat dengan keharmonian hubungan antara berbilang agama di negara ini
  • Menginsafi keamanan dan ketenteraman perlu dipelihara dan dipertahankan oleh semua rakyat Malaysia
  • Menyedari dan memahami bahawa setiap individu perlu memainkan peranan dalam menjamin kesejahteraan negara dan rakyat negara ini.

Kami Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Pahang Darul Makmur dengan ini :

  1. Mengutuk segala perbuatan merosakkan rumah-rumah ibadat mengikut undang-undang negara.
  2. Mengutuk segala bentuk provokasi yang boleh menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia.
  3. Menggesa semua pihak menghormati kedudukan agama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  4. Mendesak semua pihak agar menghormati sensitiviti penganut semua agama di Malaysia.
  5. Mendesak semua pihak agar menghentikan segala kekacauan yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia.
  6. Menggesa agar pihak yang terbabit menyebabkan kemusnahan masjid dan gereja dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.
  7. Mengadakan pertemuan-pertemuan muhibbah di masa-masa akan datang untuk mengukuhkan persefahaman di kalangan agama-agama di Malaysia.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More