"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

23.2.10

Barakah desak MPK batal Pesta Pantai Balok

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_07.htm

KUANTAN 22 Feb. - Badan Gerak Dakwah Pahang (Barakah) mendesak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membatalkan penganjuran Pesta Pantai Balok yang diadakan bersamaan dengan tarikh Maulidur Rasul pada Jumaat ini.

Penolong Setiausaha Barakah, Mohd. Nazri Ibrahim berkata, penganjuran pesta pantai selama tiga hari yang berakhir Ahad ini jelas tidak menghormati hari kebesaran umat Islam itu.

MPK tegas beliau, seharusnya peka terhadap sensitiviti umat Islam sebelum meluluskan sesuatu penganjuran berbentuk hiburan.
"Kami mahu MPK membatalkan program pesta pantai itu dan memberi tumpuan kepada sambutan Maulidur Rasul yang sepatutnya diadakan dengan lebih meriah sesuai dengan tema yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nazri memberitahu, aturcara program pesta pantai itu kebanyakannya bersifat hiburan yang melalaikan selain mengurangkan penghayatan golongan muda terhadap perjuangan Rasulullah SAW.

Menurut beliau, aktiviti yang diadakan itu menjurus kepada keruntuhan akhlak termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan serta hiburan melampau.

"Ketika masyarakat termasuk Perdana Menteri sendiri melahirkan rasa terkejutnya terhadap keruntuhan akhlak muda-mudi, sewajarnya program pesta pantai itu dibatalkan," katanya.

katanya, MPK sepatutnya bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul bagi meningkatkan penghayatan masyarakat Islam terhadap perjuangan Rasulullah SAW.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MPK, Haslinda Hassan ketika dihubungi memberitahu, program Pesta Pantai Balok tersebut telah ditangguh atas sebab-sebab tertentu.

Jelas beliau, penangguhan program tersebut tidak ada kaitan dengan bantahan yang dibuat oleh Barakah.

"Pada asalnya memang pesta itu diadakan di Pantai Balok tetapi kita menangguhkannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan," katanya.

Mengikut jadual asal, kata beliau, pesta pantai itu juga diselitkan dengan program keagamaan apabila diadakan majlis ceramah Maulidur Rasul pada sebelah malamnya.

Untuk Rekod : ABIM Pahang adalah salah satu NGO Islam yang bergabung di dalam Sekretariat Barakah



0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More