"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

8.1.10

Suara NGO Bergema Dalam PERINTAH

KUANTAN, 8 Jan 2010 :: Reaksi umat Islam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan Herald terus tersebar di seluruh negara. Tidak ketinggalan di negeri Pahang apabila pada hari ini satu perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Gabungan NGO Pahang Membantah Penyalahgunaan Kalimah Allah atau ringkasnya PERINTAH telah diadakan selepas selesai solat fardhu Jumaat. PERINTAH telah diadakan di perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.


Perhimpunan yang bermula sebaik sahaja Solat Sunat Hajat itu dihadiri kira-kira 300 orang umat Islam sekitar Kuantan yang prihatin dengan isu penyalahgunaan kalimah Allah. Walaupun, hujan turun dengan renyai, itu tidak mematahkan semangat mereka untuk turut serta menyatakan pendirian bersama-sama gabungan 60 NGO negeri Pahang terhadap isu yang sensetif ini.


Laungan Takbir membesarkan Allah tidak putus-putus kedengaran sepanjang perhimpunan ini semasa ucapan-ucapan disampaikan oleh pemidato-pemidato yang dipilih khas pada hari ini. Pidato pertama disampaikan oleh Sdr. Amidi Abdul Manan (Timbalan Presiden ABIM), diikuti oleh Sdr. Wan Emril Nizam bin Wan Embong (Pengerusi GPMS Pahang) dan diakhiri oleh Ustaz Ahmad Shah bin Jamlus (KERIS).


Semasa perhimpunan tersebut, Deklarasi Keharmonian Perhubungan Antara Penganut Agama Islam dan Bukan Islam telah dibacakan. Antara lain, deklarasi ini menyedari keharmonian hubungan antara agama merupakan asas penting dalam pemeliharaan keamanan dan perpaduan rakyat Malaysia. Deklarasi ini juga menuntut supaya penganut agama lain tidak mempertikaikan kemuliaan dan keagungan Allah baik dari sudut nama dan sifatnya, kemuliaan Rasulullah dan risalah yang dibawanya.


0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More