"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

2.1.10

Perwakilan ABIM Pahang Sertai Mesyuarat Agung MBN Pahang

KUALA LIPIS, 31 Dis 2009 :: Komitmen ABIM Pahang dengan gerak kerja pembangunan belia sentiasa segar. Segala program yang berkaitan dengan hal ehwal belia secara keseluruhannya turut mendapat penglibatan daripada ABIM Pahang. Justeru, ABIM Pahang kekal untuk meneruskan agenda pembangunan belia menerusi Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang sebagai salah satu badan gabungannya.



Bagi menzahirkan komitmen tersebut, ABIM Pahang telah menghantar 5 orang perwakilan ke Mesyuarat Agung MBN Pahang yang telah diadakan pada hari ini bertempat di Hotel Central Point, Kuala Lipis. Majlis yang bermula jam 2.00 petang itu telah disempurnakan perasmiannya oleh YB. Dato' Ahmad Shabery Cheek yang merupakan Menteri Belia dan Sukan.

Dalam ucapan perasmiannya, YB. Dato' Ahmad Shabery menyeru belia-belia negeri Pahang supaya mengambil iktibar tentang peranan yang dimainkan oleh Almarhum Tun Abdul Razak yang semasa usia belianya telah memainkan peranan untuk membantu Almarhum Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu. Almarhum Tun Abdul Razak telah mengetuai kelompok belia dalam negara bagi menggerakkan masyarakat dalam menerima kepimpinan negara seterusnya menjadikan Tanah Melayu sebagai negara yang berdaulat.

Mesyuarat Agung MBN kali ini adalah mesyuarat yang penting kerana pemilihan Jawatankuasa telah dibuat. Pemilihan ini selaras dengan penguatkuasaan Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007 yang memerlukan barisan kepimpinan dipilih dari kalangan mereka yang berusia di bawah 40 tahun.

Justeru, ABIM Pahang turut tidak ketinggalan dalam pemilihan kali ini. Sehingga pemilihan selesai, YDP ABIM Pahang, Sdr. Muhammad Hisyamudin telah terpilih sebagai Naib Presiden MBN Pahang untuk sesi 2009/2012. Dalam ucapan penggulungannya, Sdr. Muhammad Hisyamudin telah mengajak semua aktivis belia untuk terus komited menjalankan usaha pembaikan masyarakat khususnya segmen belia supaya negeri Pahang akan terus makmur dan sejahtera.


0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More