"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

18.1.10

NGO Islam dan NGO Kristian Bertemu dan Bermuhibbah

KUANTAN, 17 Jan 2010 ~~ Sejarah tercipta pada hari ini apabila NGO Islam dan NGO Kristian di negeri Pahang telah bertemu dalam satu majlis yang penuh bermakna. Majlis yang dinamakan Majlis Muhibbah dan Perpaduan NGO Islam dan NGO Kristian Pahang ini telah diadakan di Hotel Megaview Kuantan pada jam 3.00 petang. Majlis ini dilihat sangat penting kerana ianya dianjurkan semasa isu sensitif yang tercetus telah menyebabkan reaksi negatif di kalangan masyarakat sehingga bertindak membakar gereja.


Sebanyak 17 NGO Islam dan 13 NGO Kristian telah menghadiri majlis ini. Mereka telah mengadakan perbincangan secara terbuka dalam mencari kata sepakat mengenai isu serangan rumah ibadat di beberapa tempat di dalam negara sejak akhir-akhir ini.


NGO Islam yang terlibat ialah ABIM, GPMS, MAMPAN, KRIS, ISMA, GAMIS, JIM, HALUAN dan PEKIDA. Selain itu turut hadir ialah MBN Pahang, MBD Kuantan, WADAH, IKATAN, Belia 4B Pahang, MAYC, AJK Masjid Tok Sira dan PERKIM.

13 NGO Kristian pula terdiri daripada Grace Charismatic Center, Rapha Children Home, Kuantan Baptis Church, Gereja Warisan Milik Kristus, Christian Praise Center, Kuantan Chapel, Presbyterian Church, Church of Epiphany, Victory Assembly, Maranatha Hope Felowship, Shalom Fellowship, Kingdom Gospel Center dan Kuantan Presbyterian Center.


Jurucakap NGO Islam, Sdr. Amidi Abdul Manan yang merupakan Timbalan Presiden ABIM menyatakan bahawa insiden-insiden yang melibatkan perbuatan khianat ke atas rumah ibadat seperti masjid dan gereja baru-baru ini meniimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia. Perkara ini akan menjadi lebih serius jika tidak dibendung dan akhirnya keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang agama dan bangsa akan tergugat oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam perjumpaan tersebut, satu pernyataan muhibbah turut dipersetujui dan dibacakan kepada pihak media. Deklarasi tersebut mengutuk tindakan perbuatan khianat merosakkan rumah ibadat serta menyarankan leih banyak perjmpaan muhibbah dilakukan di seluruh negara bagi mengukuhkan persefahaman dan perpaduan di kalangan penganut agama negara ini.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More