"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

4.1.10

Memorandum NGO Pahang Kepada PM

  • Kami akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan larangan penggunaan kalimah 'Allah' oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap majalah mingguan Katholik Herald adalah tidak sah dan terbatal
  • Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun memfatwakan bahawa kalimah 'Allah' adalah ekslusif bagi agama Islam sahaja
  • Konsep satu Malaysia menekankan perpaduan dalam kalangan rakyat yang pelbagai agama, bangsa, adat resam dan budaya
Maka Dengan Ini Kami Menuntut :
  1. Kementerian Dalam Negeri memfailkan rayuan secepat mungkin atas keputusan mahkamah tersebut, bagi menghilangkan keresahan dan kegusaran dalam kalangan rakyat khususnya umat Islam
  2. Semua pihak dalam negara ini menghormati institusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa bagi melindungi kedaulatan dan kesucian agama Islam.
  3. Kerajaan menekankan rasa hormat terhadap sensitiviti beragama bagi memelihara keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat serta mengambil tindakan yang sewajarnya, terhadap pihak terbabit yang menggunakan slogan 1 Malaysia secara sewenang-wenangnya tanpa mengira sensitiviti agama, budaya dan adat resam.
Maka dengan ini juga, pihak kami menjunjung sembah kepada Duli Yang Maha Mulis Raja-Raja Melayu, agar berkenan mencemar duli lantas mengambil peduli, segala keresahan dan kebimbangan yang menyelubungi hamba rakyat demi kemuliaan agama Islam.


0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More