"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

16.1.10

ABIM Raub Lantik Barisan Kepimpinan Baru

RAUB, 16 Jan 2010 :: ABIM Daerah Raub menjadi cawangan ABIM yang terbaru berjaya melantik kepimpinan baru yang berusia di bawah 40 tahun. Pelantikan ini telah dibuat di dalam Majlis Muktamar Sanawi ABIM Daerah Raub yang telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Masjid Sultan Abu Bakar Raub. Muktamar yang dihadiri kira-kira 25 orang aktivis ABIM Daerah Raub turut dihadiri oleh YDP ABIM Pahang dan Setiausahanya.

Di dalam ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Hamdan selaku YDP ABIM Daerah Raub, beliau menyatakan pelbagai program dakwah perlu dilakukan di daerah Raub bagi memastikan mesej agama Islam dapat disampaikan dengan lebih meluas lagi. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli ABIM Daerah Raub yang telah berusaha untuk menjalankan program-program sehinggalah ke hari ini. Pelantikan baru kepimpinan terpaksa dibuat kerana ABIM sekarang sudah tertakluk kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 yang mensyaratkan barisan kepimpinan mestilah berusia di bawah 40 tahun.

Di dalam ucapan perasmiannya, Sdr. Muhammad Hisyamudin (YDP ABIM Pahang) menyarankan supaya ABIM Daerah Raub mengenalpasti produk dakwah yang dijadikan sebagai program bersama masyarakat. Pendekatan baru perlu difikirkan kerana umat Islam pada masa kini terlalu dahagakan pengisian-pengisian baru dan segar selaras dengan cabaran yang sangat berbeza pada masa kini.

Barisan kepimpinan baru ABIM Daerah Raub diterajui oleh Sdr. Zulhelmi bin Zainuddin selaku ang Dipertua dan Ustaz Saadan selaku Timbalan Yang Dipertua.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More