"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

28.10.09

ABIM Pahang dan NGOs Islam Anjur Seminar

Oleh : Mahadi Deraman
Setiausaha ABIM Pahang

KUANTAN, 28 Okt 2009 ~~ Pada 25 Oktober yang lalu, Sekretariat Gabungan Badan- -Bukan Kerajaan Islam Negeri Pahang yang terdiri dari Gabungan NGO-NGO Islam Negeri Pahang yang terajui oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan negeri Pahang, telah menganjurkan Seminar Perundangan Jenayah Syariah: Isu dan Cabaran Di Dewan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Seminar yang bertemakan ''Memartabatkan Perundangan Syariah'', dianjurkan untuk mendedahkan pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat akan kemurnian serta nilai-nilai keadilan yang diterapkan dalam sistem perundangan syariah terutama sekali dalam konteks negeri Pahang. Seminar ini juga diadakan untuk menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba memperkecilkan malah mahu menghapuskan undang-undang syariah di negara ini.

Seminar diadakan dalam bentuk tiga forum serta setiap topik yang dibicarakan telah dikupas secara mendalam oleh pakar-pakar dalam bidang perundangan syariah, yang terdiri daripada ahli akademik dan para peguam syarie. Ahli panel yang dijemput untuk forum pertama yang bertajuk “Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah ; Isu dan Cabaran” ialah Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin, Timbalan Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mantan Dekan Kuliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pn. Fadhlina Siddiq, Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Islam ABIM yang juga merupakan Peguam Syarie.

Manakala dalam forum kedua yang bertajuk “Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah ; Pengalaman Negeri Pahang” ahli panel yang dijemput ialah Prof. Madya Dr. Hashim Mehat, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang UIAM dan En. Mohd Najid Husain, Peguam Syarie. Dalam forum terakhir yang bertemakan “Perlaksanaan Hukuman Sebat dalam Kesalahan Syariah, Arak dan Zina ”, perbincangan isu ini diterajui oleh Ust. Azlan Abdul Rahman, wakil dari Jabatan Mufti Negeri Pahang, En. Mohamad Isa Abd Ralip, Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan YB Dato’ Haji Sahfri Abdul Aziz, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

Di akhir seminar ini, Ust. Azlan telah mengadakan demonstrasi sebatan syariah dan di samping tayangan video contoh sebatan sivil. Majlis Penutup seminar telah dirasmikan oleh YDH Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More