"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

3.1.10

ABIM Pahang dan 24 NGO Serah Memorandum Kepada PM

PEKAN, 3 Jan 2010 :: Sebagai reaksi kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly, ABIM Pahang bersama-sama 24 NGO lain di negeri Pahang telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, YAB. Dato' Seri Najib Tun Razak di sini. Memorandum tersebut berjaya diserahkan terus kepada PM kira-kira jam 11.30 pagi sejurus beliau tiba di perkarangan Bangunan UMNO Pekan untuk mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan pada hari ini.


Memorandum tersebut diserahkan sendiri oleh Sdr. Amidi Abdul Manan (Timbalan Presiden ABIM Pusat) kepada PM. Kandungan memorandum tersebut antara lainnya menggesa supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan secepat mungkin bagi menghilangkan keresahan umat Islam di negara ini.

Selain itu, memorandum tersebut juga meminta semua pihak dalam negara ini supaya menghormati institusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa bagi melindungi kedaulatan dan kesucian agama Islam dan kalimah "Allah" adalah eksklusif bagi agama Islam sahaja.

Selain Amidi yang mewakili ABIM Pusat, ABIM Pahang turut disertai oleh YDP dan Setiausaha. Penyerahan memorandum juga disertai oleh Sdr. Wan Emril Nizam (Pengerusi GPMS Pahang), Sdr. Zulfadhli (Presiden MAMPAN), dan beberapa lagi wakil NGO yang lain.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More