"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

14.12.09

ABIM Pahang Latih Sukarelawan Muda

Oleh: Mahadi Deraman
Setiausaha ABIM Negeri Pahang

Kuantan, 14 Dis 2009 ~~ Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang serta Kelab Fasilitator Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Facilitator Team) Kampus Kuantan, telah menganjurkan program Kem Bina Insan (Summer Camp 2009) yang telah berlangsung di Amansari Beach Resort, Pantai Sepat, Kuantan. Program tiga hari dua malam ini bermula pada 11 Disember dan tamat pada 13 Disember 2009. Ianya melibatkan penyertaan di kalangan para pelajar sekolah menengah tingkatan dua hingga empat daripada sekolah-sekolah menengah sekitar Daerah Kuantan seramai 80 orang.



Sepanjang program ini, para peserta didedahkan dengan semangat jati diri dalam diri pelajar dan juga memberi penekanan kepada pelajar tentang kepentingan agama dalam membentuk personaliti diri. Di samping itu, menerusi kem ini juga perasaan prihatin, tanggungjawab dan kesukarelawanan di kalangan para peserta terhadap masyarakat sekitarnya dapat diterapkan di kalangan para peserta dan menggalakkan mereka untuk terlibat dengan masyarakat.

Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini ialah klinik solat dan pengurusan jenazah, praktikal sembelihan, malam kesenian Islam dan kembara jalanan. Rata-rata para peserta berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan kerana mereka mendapat pengalaman yang baru terutama sekali dengan aktiviti praktikal sembelihan serta aktiviti ‘survivor’ dan ‘explorace’, yang dikelolakan oleh penganjur. Majlis penutup telah dirasmikan En. Mohammad b. Embong, Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.


0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More