"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

20.11.09

SU ABIM Pahang Dipilih Pengerusi MBD Kuantan

KUANTAN, 19 Nov 2009 ~~ Sdr. Mahadi bin Deraman yang merupakan Setiausaha ABIM Pahang telah berjaya memenangi pemilihan sebagai Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Kuantan yang baru. Beliau telah berjaya mengalahkan 3 orang lagi pencabarnya. Pemilihan itu telah diadakan sempena dengan Mesyuarat Agung MBD Kuantan yang telah diadakan pada hari ini bertempat di Hotel Vistana Kuantan.





Di dalam ucapan penangguhannya sebagai Pengerusi MBD yang baharu, Sdr. Mahadi telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua perwakilan yang telah telah memilih beliau sebagai Pengerusi yang baru. Selain itu, beliau berjanji akan cuba melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh para perwakilan dengan sebaik mungkin. Seluruh barisan kepimpinan ABIM Pahang mendoakan agar Sdr. Mahadi akan dapat menunaikan amanah yang telah diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin.




0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More