"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

19.11.09

Majlis Ihtifal SERI ABIM Berlangsung Meriah

KUANTAN, 18 Nov 2009 ~~ Meriah! Itulah gambaran yang boleh diberikan kepada program Majlis Ihtifal dan Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah, Sekolah Rendah Islam (SERI) ABIM Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Program yanga diadakan di Dewan Bakawali, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) itu telah dirasmikan oleh YH. Dato' Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz. Beliau merupakan Pengarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang.



Pelbagai aturcara program telah disusun bagi menjayakan majlis yang diadakan untuk kali ke 15 ini. Antaranya ialah persembahan hafazan Surah As-Sajadah oleh pelajar Tahun 2, persembahan Nasyid, Coral Speaking dan pentomen. Selain itu, ucapan telah disampaikan oleh En. Najid bin Hussin yang merupakan Pengerusi BAKA serta ucapan oleh Ustaz Asaari Yatim (Mudir SERI).



YH. Dato' Hj. Zulkifle dalam ucapan perasmiannya telah menekankan peri pentingnya kewujudan institusi pendidikan berteraskan Islam di tengah-tengah masyarakat. Institusi seperti ini akan memainkan peranan yang cukup berkesan untuk menyemarakkan usaha mendidik ummat khususnya di sekitar Kuantan. Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi, ianya akan menjadi sempadan yang berguna untuk terus memacu institusi pendidikan Islam ke landasan yang gemilang.



Majlis turut juga dihadiri oleh Sdr. Muhammad Hisyamudin bin Baharudin, Yang Dipertua ABIM Pahang. Selain itu, semua pelajar SERI ABIM Indera Mahkota beserta ibu bapa mereka telah hadir bagi menjayakan lagi program ini. Tetamu-tetamu undangan telah sudi untuk menyampaikan hadiah-hadiah kecemerlangan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan kejayaan dalam akademik dan sahsiah selain daripada Sijil Konvokesyen untuk pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di kelas Pra-Sekolah SERI ABIM Indera Mahkota.




0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More