"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

15.11.09

Konvokesyen TASKI dan Khatam TAHFIZ; Manifestasi Kejayaan Institusi Pendidikan ABIM

KUANTAN, 14 Nov 2009 ~~ Bertempat di Dewan Bakawali, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Cawangan Pahang, Jalan Teluk Sisek, ABIM Pahang telah menganjurkan Majlis Konvokesyen TASKI kali ke 20 dan Khatam-Ihtifal TAHFIZ kali ke 11. Majlis yang bermula jam 9.00 pagi itu telah dirasmikan oleh Sdr. Muhammad Hisyamudin bin Baharudin, Yang Dipertua ABIM Pahang.



Dalam ucapannya, YDP ABIM Pahang menjelaskan hasrat dan cita-cita murni ABIM Pahang dalam menawarkan pendidikan alternatif kepada kanak-kanak di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah tidak akan dihentikan. Ini disebabkan oleh keberkesanan dan kejayaan institusi pendidikan ABIM yang mampu membentuk peribadi Islamiy sedari awal adalah sangat-sangat dihargai oleh anggota masyarakat.

Beliau juga menjelaskan bahawa TASKI dan TAHFIZ yang dianjurkan oleh ABIM Pahang ini adalah sebahagian daripada 'Sistem Pendidikan Al-Hikmah' yang dijenamakan semula sebagai institusi pendidikan milik ABIM. Justeru, segala usaha akan digerakkan supaya ianya benar-benar akan berjaya tampil sebagai sistem pendidikan alternatif kepada masyarakat.



Dalam majlis ini, pelajar-pelajar TASKI yang sudah menamatkan pengajian mereka telah menerima Sijil Konvokesyen masing-masing. Selain itu, hadiah-hadiah kecemerlangan juga turut diberikan kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan yang telah diadakan. Program kemudiannya diteruskan dengan Majlis Khatam dan Ihtifal TAHFIZ yang menyaksikan pelajar-pelajar TAHFIZ telah berjaya menamatkan pengajian Al-Quran mereka sepanjang mengikuti pengajian di TAHFIZ ABIM.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More