"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

26.10.09

Tiga Cabaran Kritikal

KUANTAN, 25 Okt 2009 ~ Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia berhadapan dengan tiga cabaran yang kritikal. Demikian pandangan yang dikemukakan oleh Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin yang merupakan Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM). Beliau mengutarakan pandangan tersebut ketika membentang kertas kerja bertajuk “Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah; Tiga Cabaran Kritikal” dalam program Seminar Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah; Isu dan Cabaran anjuran NGO-NGO Islam negeri Pahang di sini. Menurut beliau, tiga cabaran tersebut adalah rakyat, pemerintah dan pelaksana.



Isu di sekitar cabaran disebabkan rakyat berkait rapat dengan soal pemahaman. Rakyat dalam menangani isu-isu jenayah syariah terbahagi kepada tiga kategori iaitu rakyat yang faham dan ikut, tidak faham tetapi ikut dan juga tidak faham dan tidak ikut. Punca perbezaan orientasi penerimaan rakyat disebabkan oleh faham terhadap agama Islam itu sendiri. Dalam masa yang sama pertembungan di antara faham agama dengan faham sekularisme juga menjadi penyebab perbezaan ini. Seterusnya, rakyat juga berhadapan dengan implikasi penyalahgunaan maklumat atau mentafsir maklumat secara salah, membuat keputusan yang salah akibat terlampau yakin dengan sumber maklumat, atau lemah dalam menjelaskan sesuatu (paralysis by analysis) akibat tidak mampu untuk membezakan fakta dengan kebenaran atau menganalisa maklumat.

Cabaran yang dihadapi pemerintah pula adalah pengasingan bidang kuasa kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Di peringkat negeri-negeri pula, peringkat-peringkat kuasa pula berlaku bermula pada Sultan sebagai Ketua Agama negeri-negeri, Majlis Agama Islam Negeri serta Jabatan Agama Islam Negeri. Dalam masa yang sama, bidang kuasa negeri-negeri juga berbeza-beza walaupun pada isu yang sama. Selain itu, pertembungan bidang kuasa di antara negeri dan pusat juga berlaku seperti penyalahgunaan tanda halal serta tugas pemantauan.

Cabaran ketiga yang berkaitan dengan penguatkuasa pula melibatkan isu kekurangan latihan dan pendakwaan. Ini ketara berlaku dalam soal tangkapan, siasatan, pembuktian dan hubungan dengan pendakwaan.

Pembentangan Prof. Dato’ Dr. Zaleha kemudiannya diulas oleh Puan Fadhlina Siddiq yang merupakan Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).


0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More