"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

23.10.09

Seminar Pelaksanaan Perundangan Jenayah Syariah; Isu dan Cabaran

Sukacita dimaklumkan bahawa ABIM Pahang bersama-sama Sekretariat Gabungan NGO Islam negeri Pahang akan menganjurkan Seminar Pelaksanaan Perundangan Jenayah Syariah; Isu dan Cabaran seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 25 Oktober 2009 (Ahad)
Tempat : Dewan JAIP, Jalan Masjid, Kuantan, Pahang.

Masa : 8.00 pg - 4.30 ptg


Seminar ini diadakan bertujuan untuk :
  1. memberi pendidikan kepada masyarakat tentang kemurnian, keadilan dan keluhuran Undang-Undang Syariah di negara kita
  2. memberi sokongan dan dokongan kepada pelaksanaan Undang-Undang Syariah
  3. menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba memperkecilkan malah menghapuskan undang-undang Syariah di negara kita.
Bilangan peserta hanya dihadkan kepada 500 peserta terawal sahaja.

Yuran penyertaan ialah RM10 (dewasa) dan RM5 (pelajar IPT/sekolah). Para peserta akan dibekalkan dengan nota dan jamuan makan.

Aturcara Seminar :

8.00 pg : Pendaftaran Peserta
8.40 pg : Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Majlis
8.45 pg : Forum 1 - "Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah; Isu dan Cabaran". Pembentang - Prof. Dato' Dr. Zaleha Kamaruddin (Timbalan Ketua Pengarah IKIM). Pengulas : Puan Fadhlina Siddiq (Naib Presiden ABIM)
10.30 pg : Kudapan
11.00 pg : Forum II - "Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah; Pengalaman Negeri Pahang". Pembentang : Prof. Madya Dr. Hashim Mihat (Pensyarah UKM). Pengulas : En. Mohd Najid Husain (Peguam Syarie)
12.30 tgh : Makan Tengahari & Solat Zohor
2.00 ptg : Forum III - "Pelaksanaan Hukuman Sebat Dalam Kesalahan Syariah, Arak & Zina". Panelis 1 : Ustaz Azlan Abdul Rahman (Pejabat Mufti Pahang). Panelis 2 : En. Md. Isa Ralib (Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia)
3.30 ptg : Demonstrasi Hukuman Sebat Syarie
4.00 ptg : Majlis Perasmian Penutup
4.30 ptg : Minum Petang & Bersurai

Sebarang maklumat lanjut boleh diajukan kepada Sekretariat Seminar melalui Sdr. Mahadi 013-4897703 atau Sdr. Nazri 019-9855887

Seminar ini adalah anjuran bersama NGO2 Islam Negeri Pahang yang terdiri daripada :
1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Pahang
2. Peguam-Peguam Syarie Negeri Pahang
3. Jemaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Pahang
4. Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) Pahang
5. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Pahang
6. Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Negeri Pahang
7. PEKIDA Negeri Pahang
8. Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH)
9. Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Negeri Pahang
10. Ikatan Pengajian Islam Pahang (IKATAN)
11. Majlis Kebajikan India Muslim (MKIMP) Pahang
12. IIF - Saba Islamic Media
13. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Pahang
14. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Negeri Pahang (PKPIM)

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More