"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

3.10.09

Liputan Media Terhadap Sidang Media ABIM Pahang dan NGO Islam Pahang


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_43.htm

JAG, SIS DIDESAK TARIK KENYATAAN

KUANTAN 2 Okt. – Sebanyak 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang hari ini menuntut Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) menarik balik kenyataan mereka yang mendakwa hukuman sebat syarie adalah kejam.

AMIDI Abdul Manan (bersongkok) dan pemimpin NGO Islam Pahang bersama laporan polis dan sepanduk membantah dan meminta JAG dan SIS menarik balik kenyataan berhubung isu sebat syarie di Kuantan, semalam.

Dalam kenyataan bersama yang dibacakan oleh Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan hari ini, NGO terbabit turut menuntut JAG dan SIS memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana menghina hukum Islam dan mahkamah syariah yang melaksanakan perundangan syariah.

“Kami juga menuntut agar kerajaan bertindak tegas terhadap pihak yang mencabar kedudukan Islam dan perundangan syariah yang telah dijamin kedudukannya dalam Perlembagaan negara. “Penganut agama lain juga diminta tidak mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pahang di sini hari ini.

Turut membantah peguam-peguam Syarie Pahang, Jemaah Islah Malaysia Pahang, Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan) Pahang dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Pahang.

Pada sidang akhbar itu, Amidi berkata, semua NGO terlibat membantah sekeras-kerasnya kenyataan JAG dan SIS yang meminta supaya hukuman sebatan syarie yang dikenakan ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor dibatalkan. JAG dan SIS semalam membuat sidang akhbar di Petaling Jaya, meminta hukuman ke atas Kartika Sari Dewi dikaji semula dan mendakwa hukuman sebat akan mendera pesalah terbabit.

Amidi berkata, semua NGO terlibat menyokong penuh hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah tersebut dan meminta semua pihak menghormati keputusan mahkamah. Mengulas lanjut, Amidi berkata, enam daripada 14 NGO terbabit telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 2.45 petang ini dan meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan JAG dan SIS kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam.

“Kita juga sedang menimbang kemungkinan untuk memfailkan permohonan di mahkamah bagi mendapatkan injunksi menyekat mana-mana pihak daripada memperbesarkan isu berkenaan setidak-tidaknya sehingga pelaksanaan hukuman,” katanya.

Jelasnya, satu memorandum akan diserahkan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengenai pendirian mereka berhubung isu terbabit.Katanya, pihaknya juga bercadang untuk mengadakan seminar dan demonstrasi mengenai pelaksanaan hukuman sebat mengikut undang-undang syariah bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat umum.

*****************************************************************************************

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

14 NGO Islam selar SIS, JAG



Amidi (tengah) memegang laporan polis bersama 13 pemimpin NGO Islam Pahang yang meminta JAG dan SIS memohon maaf secara terbuka berhubung isu sebat ke atas model sambilan, Kartika di Kuantan semalam.

KUANTAN - Sebanyak 14 badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang semalam menyelar Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) berhubung kenyataan mereka yang menganggap hukuman ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor sebagai kejam.

Jurucakap NGO itu, Amidi Abdul Manan berkata, mereka meminta pihak terbabit menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini.

"Enakmen Pentadbiran Ugama dan Adat Resam Negeri Pahang 1982 (Pindaan 1987) adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang diperkenankan Sultan Pahang. Menghina undang-undang syariah bererti mereka juga menghina Sultan Pahang.

"Kita juga menuntut penganut agama lain tidak mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Baru-baru ini, JAG dan SIS dalam laporan sebuah akhbar menyifatkan hukuman sebat ke atas Kartika sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang.

*********************************************************************************
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5196448.asp

14 NGO selar SIS, JAG

KUANTAN - Sebanyak 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang semalam menyelar Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) berhubung kenyataan dua badan itu yang menganggap hukuman ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor sebagai kejam.

Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan berkata, kenyataan yang dikeluarkan SIS melalui Pengarah Eksekutifnya, Dr Hamidah Merican bukan sahaja menghina keputusan Mahkamah Syariah malah secara terang menghina hukum Islam.

Menurutnya, kenyataan biadab itu juga seolah-olah menghina Sultan Pahang apabila Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1988) di bawah bidang kuasa mahkamah itu diperkenankan baginda.

“Kami mendesak agar kerajaan bertindak tegas terhadap pihak yang mencabar kedudukan agama Islam dan perundangan syariah yang dijamin kedudukannya dalam perlembagaan negara.

“Penganut agama lain juga diingatkan supaya tidak mencampuri urusan membabitkan penganut Islam manakala pihak yang berkepentingan diminta tidak membuat kenyataan provokatif berhubung hukuman sebat ke atas model terbabit yang diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, kerana kesalahan minum arak,” katanya.

Baru-baru ini, JAG dan SIS dalam laporan akhbar ini menyifatkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang.

Semalam, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) turut mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap NGO yang mempertikai pelaksanaan Undang-undang Syariah di negara ini.

Kartika dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah minum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Amidi berkata, pihaknya juga akan mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang JAG dan SIS serta pihak-pihak lain daripada membuat sebarang kenyataan yang mempertikaikan sebarang pelaksanaan hukuman berkaitan agama Islam.

Susulan itu, satu laporan polis di buat di Balai Polis Kuantan petang semalam bagi mendesak JAG dan SIS menarik balik kenyataan serta menghalang pihak berkepentingan daripada terus mempertikaikan keputusan Mahkamah Syariah itu.

14 badan berkenaan ialah Angkatan Belia Islam Malaysia Pahang (Abim), Peguam-peguam Syarie Negeri Pahang, Jemaah Islah Malaysia Negeri Pahang (Jim), Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Pahang, Ikatan Muslimin Malaysia Pahang, Malaysia Chinese Muslim Association negeri Pahang, Pekida Pahang, Badan Nadwah Ummah Negeri Pahang, Wadah Pencerdasan Ummah Pahang, Ikatan Pengkajian Islam Pahang, Majlis Kebajikan India Muslim Pahang, Persatuan Melayu Kuantan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Pahang dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Pahang.

Amidi berkata, pihaknya juga akan menganjurkan satu seminar berkaitan pelaksanaan hukuman sebat di dewan Jabatan Agama Islam Pahang 25 Oktober depan.:

******************************************************************************

http://www.bernama.com/bernama/v5/news_lite.php?id=443971

Muslim NGOs Take SIS, JAG To Task

KUANTAN, Oct 2 (Bernama) -- Fourteen Muslim non-government organisations (NGO) have taken the Joint Action Group for Gender Equality (JAG) and Sisters In Islam (SIS) to task for describing the Islamic whipping sentence on a part-time model as unacceptable and too severe.

The Pahang Muslim NGOs want JAG and SIS to retract the statements and apologise to Muslims in the country, said Malaysian Islamic Youth Movement (Abim) deputy president Amidi Abdul Manan on their behalf.

"The Pahang Islamic Administration and Malay Custom Act 1982 (Amendment 1987), which is under the jurisdiction of the Syariah Court, was assented by the Sultan of Pahang.

"Insulting the Syariah law can be deemed as insulting the Sultan of Pahang. We also call on devotees of other religions not to interfere in Islamic affairs," he told reporters here , Friday.

JAG and SIS, on Wednesday, said the decision to whip part-time model Kartika Sari Dewi Shukarno for drinking beer was a torture, a breach of human rights and dehumanising.

Amidi said the NGOs would seek a declaration to stop JAG and SIS from making further derogatory remarks on Syariah penalties.

"We fully support the sentence and the stand taken by Kartika Sari Dewi and her family to accept the punishment.

"We had also lodged a police report against JAG and SIS for insulting Islam at the Kuantan police district headquarters today," he said.

Amidi said the Muslim NGOs would organise a seminar on the Islamic caning sentence at the Pahang Islamic Department on Oct 25 here, during a which a demonstration on the punishment would be conducted.

-- BERNAMA

*********************************************************************************

Call to punish those who question Kartika's caning

2009/10/03

KUANTAN: Fourteen Muslim non-governmental organisations in the state have urged the authorities to act against people who question the caning sentence of part-time model Kartika Sari Dewi Shukarno.

They have also lodged a police report against NGOs which had asked the government to intervene to rescind the sentence, including Sisters in Islam (SIS) and Joint Action Group Against Violence Against Women (JAG).

The group's spokesman, Amidi Abdul Manan, said SIS and JAG should retract their statements and tender open apologies to Muslims for insulting Islamic law and the syariah court.

The 14 Muslim NGOs include the Muslim Youth Movement of Malaysia (Abim), Jemaah Islah Malaysia Pahang, Ikatan Muslimin Malaysia Pahang, Malaysian Chinese Muslim Association and the Islamic Welfare Organisation.

Amidi said they would file an injunction to stop other parties from questioning the decision made by the Syariah High Court here.

"We will also hold a seminar on the matter and have a demonstration of how syariah caning is performed with the help of the relevant authorities," said Amidi, who is Abim deputy president.

The seminar, to be held at the state Islamic Religious Department here on Oct 25, will be open to the public, including NGOS and non-Muslims.

*************************************************************************

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=443928

14 Badan NGO Islam Pahang Selar SIS Dan JAG

KUANTAN, 2 Okt (Bernama) -- Sebanyak 14 badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang menyelar Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) berhubung kenyataan dua badan itu yang menganggap hukuman ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor sebagai kejam.

Menurut jurucakap 14 NGO Islam di Pahang itu, Amidi Abdul Manan, mereka juga meminta dua badan berkenaan menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini.

"Enakmen Pentadbiran Ugama dan Adat Resam Negeri Pahang 1982 (Pindaan 1987) adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang diperkenankan Sultan Pahang. Menghina undang-undang syariah adalah bererti menghina Sultan Pahang.

"Kita juga menuntut penganut agama lain tidak mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

Baru-baru ini JAG dan SIS dalam laporan sebuah akhbar menyifatkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang.

Kartika dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah minum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Hukuman sebat itu kemudian ditangguhkan baru-baru ini bagi menghormati bulan puasa.

Amidi yang juga Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia berkata pihaknya juga akan mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang JAG dan SIS serta pihak-pihak lain daripada membuat sebarang kenyataan yang mempertikaikan sebarang pelaksanaan hukuman berkaitan agama Islam.

"Kami juga menyokong sepenuhnya hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan menyokong sepenuhnya sikap dan pendirian Kartika Sari Dewi dan keluarganya berhubung kerelaannya menerima hukuman yang bakal dilaksanakan itu," katanya.

Selain itu beliau berkata kerajaan juga diminta bertindak tegas terhadap pihak yang mencabar kedudukan Islam dan perundangan syariah yang telah dijamin dalam perlembagaan negara.

"Kita juga telah membuat satu laporan polis terhadap JAG dan SIS berhubung kenyataan yang menghina Islam itu di balai polis daerah Kuantan hari ini," katanya.

14 badan berkenaan ialah Angkatan Belia Islam Malaysia Pahang (ABIM), Peguam-peguam Syarie Negeri Pahang, Jemaah Islah Malaysia Negeri Pahang (JIM), Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Pahang, Ikatan Muslimin Malaysia Pahang, Malaysia Chinese Muslim Association negeri Pahang, Pekida Pahang, Badan Nadwah Ummah Negeri Pahang, Wadah Pencerdasan Ummah negeri Pahang, Ikatan Pengkajian Islam Pahang, Majlis Kebajikan India Muslim Pahang, Persatuan Melayu Kuantan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Pahang dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Pahang.

Pada perkembangan berkaitan, Amidi berkata pihaknya juga akan menganjurkan satu seminar berkaitan pelaksanaan hukuman sebat di dewan Jabatan Agama Islam Pahang pada 25 Okt depan.

"Kita juga akan mengendalikan demonstrasi hukuman itu, butiran lengkap berkenaan seminar masih diperhalusi," katanya.

-- BERNAMA

*************************************************************************

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/3/nation/4834773&sec=nation

NGOs want bodies to apologise over statement made in Kartika’s case

KUANTAN: Fourteen Islamic non-governmental organisations (NGOs) in Pahang have strongly urged Sisters in Islam and the Joint Action Group for Gender Equality to retract a statement on the Syariah High Court’s decision to cane part-time model Kartika Sari Dewi Shukarno.

The NGOs also demanded the two groups make a public apology to all Muslims over their remarks which were deemed as insulting Islamic law and the court that enforced the Syariah legislature.

Their spokesman Amidi Abdul Manan said the statement would bring about uneasiness and blemished the Syariah judiciary.

Amidi, who is Muslim Youth Movement of Malaysia deputy president, said a police report was lodged yesterday by six of the NGOs.

‘’Everyone must accept the decision made by the Syariah High Court pertaining to Kartika,” he told a press conference held at Pahang Perkim’s office here yesterday.

Amidi said the NGOs would not rule out the possibility of filing a court order to stop the two groups from making further statements about the court’s ruling and Kartika’s case.

In a move to make the public and other NGOs understand better about Syariah laws and cases similar to Kartika’s, Amidi said a one-day seminar would be organised on Oct 25.

“It is open to the public including non-Muslims.

“We will also demonstrate how whipping is carried out according to the Syariah law which applies different techniques and procedures.

“We want them to know that sentences meted out are not only to penalise but also to make one realise one’s mistake and to learn from it,” he added.

Amidi urged the Government to be strict with any parties who challenged the sanctity of Islam as a religion and Syariah laws which had been enshrined in the Consti-tution.

On Thursday, Sisters in Islam was quoted as saying that the decision to cane Kartika for drinking beer undermined the Government’s efforts to portray Malaysia as a moderate Islamic country.

Kartika was fined RM5,000 and ordered to be caned six times after pleading guilty for drinking beer in July this year.

She committed the offence at a hotel in Cherating last year

*****************************************************************************

JAG, SIS perlu diperjelas isu sebat

Beri reaksi terburu-buru minta hukuman dimansuhkan tidak wajar: Jakim


PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters in Islam (SIS) mengambil langkah bijak dengan mendapatkan penjelasan dan alasan daripada pihak yang sepatutnya berhubung hukuman sebat dalam syariah.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata langkah itu adalah lebih baik daripada memberikan reaksi terburu-buru meminta supaya hukuman sebat dalam undang-undang syariah dinilai dan dimansuhkan.

"Pendapat yang mereka keluarkan sudah meleret-leret daripada hukuman sebat itu sendiri. Sudah terpesong jauh (kerana) daripada isu kecil mereka sudah menyentuh isu lain sehingga melarat meminta supaya hukuman itu dihapuskan," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Wan Mohamad diminta mengulas cadangan JAG yang dianggotai SIS dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain supaya hukuman sebat dalam undang-undang syariah dinilai sekali gus dimansuhkan.

Sementara itu, tujuh badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Selangor dan Pahang membuat laporan polis terhadap JAG berikutan mendesak kerajaan mengkaji untuk memansuhkan undang-undang jenayah syariah di negara ini.

Kumpulan itu menyifatkan kenyataan JAG sebagai hasutan dan boleh menjejaskan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam.

Di SHAH ALAM: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang diketuai Presidennya, Mohamad Isa Abd Ralip, membuat laporan terhadap JAG di Ibu Pejabat Polis Daerah (IDP) Shah Alam, petang semalam.

Mohamad Isa berkata, Pengarah Eksekutif WAO, Ivy Josiah dengan angkuh dan biadab mengeluarkan kenyataan yang meminta supaya undang-undang yang bersangkutan jenayah syariah dikaji semula dalam usaha memansuhkannya.

Beliau mendesak agar siasatan terperinci dilakukan terhadap SIS, termasuk dari mana dana pertubuhan itu diperoleh.

"Kami minta supaya SIS disiasat, menerima dana daripada mana kerana akhir-akhir ini, SIS banyak sangat isu yang mencabar Islam," katanya.

Di KUANTAN: Enam daripada 14 NGO Islam yang membantah kenyataan JAG dan SIS membuat laporan polis di sini, semalam dan menuntut NGO terbabit menarik balik kenyataan yang disifatkan menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat.

Malah, 14 NGO Islam berkenaan mahu JAG dan SIS meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana menghina hukum Islam dan Mahkamah Syariah.

Jurucakapnya, Amidi Abdul Manan yang juga Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata, semua NGO Islam Pahang menyokong sepenuhnya hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan serta pendirian Kartika Sari Dewi Shukarno, 32 serta keluarganya berhubung kerelaannya menerima hukuman yang bakal dilaksanakan.

Antara kepemimpinan NGO yang hadir ialah Majlis Peguam Syarie, Jemaah Islah Malaysia (Jim), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pekida, Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Badan Nadwah Islamiah (Nadwah), Wadah Kecerdasan Ummah, Ikatan Pengkajian Islam Pahang, Persatuan Melayu Kuantan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

***************************************************************

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20091003125521/Article/index_html

Hormat mahkamah, sultan

KUANTAN: Sebanyak 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang membantah tindakan segelintir pihak yang meminta kerajaan mengkaji semula hukuman enam sebatan dikenakan ke atas Kartika Dewi Shukarno, 32, kerana meminum arak konon disifatkan sebagai kejam dan mencabul hak asasi manusia.

Bagi NGO terbabit, hukuman ke atas model sambilan dari Sungai Siput, Perak itu wajar berikutan kesalahannya sudah disabitkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

Justeru, NGO terbabit meminta semua pihak menghormati keputusan dikeluarkan mahkamah berkenaan dan berhenti membuat kenyataan provokatif berkaitan kes Kartika kerana tindakan menghalang pelaksanaan hukuman sebat itu turut dianggap menghina Sultan Pahang yang memperkenankan enakmen berkenaan.

Mereka menyifatkan tindakan segelintir pihak terbabit sebagai usaha menimbulkan kesangsian terhadap keadilan Mahkamah Syariah yang berfungsi menguatkuasakan perundangan Islam khususnya di Pahang.

Pelaksanaan hukuman syariah terutama sebatan terhadap wanita konon boleh menjejaskan imej negara selain langkah memburukkan imej perundangan syariah di negara ini dengan menggunakan takrifan kebebasan individu dalam Perlembagaan Persekutuan sewenang-wenangnya hingga menimbulkan kegelisahan rakyat

NGO terbabit juga khuatir akan timbul pemikiran yang menyeleweng bertujuan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam terhadap perundangan syariah.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan, berkata kerajaan perlu bertindak tegas terhadap segelintir pihak yang mencabar kedudukan Islam dan perundangan syariah yang sudah dijamin kedudukannya dalam Perlembagaan Negara.

“Kami menuntut pihak terbabit menarik balik kenyataan yang mendakwa hukuman sebatan syariah adalah kejam dan meminta mereka memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana menghina keputusan Mahkamah Tinggi Syariah.

“Malah, kami tidak teragak-agak memohon perintah mahkamah bagi menyekat pihak terbabit dan pihak lain daripada mengeluarkan kenyataan sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pahang, di sini, semalam.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More