"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

2.10.09

ABIM Pahang dan NGO Islam Pahang Bantah Kenyataan JAG dan SIS

KUANTAN, 2 Oktober 2009 -- Atas rasa tanggungjawab mempertahankan kedaulatan Mahkamah Syariah di negeri Pahang, ABIM Pahang bersama-sama NGO-NGO Islam negeri Pahang telah mengadakan satu Sidang Media bagi membantah kenyataan Sisters in Islam dan Joint Action Groups for Gender Equality (JAG) yang menganggap hukuman sebat ke atas Puan Kartika Dewi sebagai kejam. Ini secara terang-terangan adalah penghinaan kepada Mahkamah Syariah khususnya Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang menjalankan pelaksanaan undang-undang Syariah di negeri ini.



Sidang media telah diadakan di Dewan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan negeri Pahang pada jam 3.00 petang hari ini. Sidang media ini telah dihadiri oleh wakil-wakil NGO Islam Pahang sebanyak 14 buah yang terdiri daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pahang, Peguam-Peguam Syarie Pahang, Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pahang, Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan) Pahang, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pahang, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Negeri Pahang, PEKIDA Negeri Pahang, Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), Wadah Pencerdasan Ummah Negeri Pahang (WADAH), Ikatan Pengajian Islam Pahang (IKATAN), Majlis Kebajikan India Muslim Pahang (MKIMP), Persatuan Melayu Kuantan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Negeri Pahang (PERKIM), dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Negeri Pahang (PKPIM)

Satu laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 2.45 petang ini dan meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan JAG dan SIS kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam. Usaha NGO Islam Pahang akan diteruskan dengan bantuan Peguam-Peguam Syarie untuk memohon perintah mahmakah bagi menghalang mana-mana pihak daripada mensensasikan isu ini sekurang-kurangnya sehingga hukuman sebat dilaksanakan.

Selain itu, pihak NGO Islam Pahang juga akan menganjurkan satu seminar bagi menyebarkan mesej dan kefahaman kepada masyarakat mengenai pelaksanaan humuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah. Seminar ini dijadualkan akan diadakan pada 25 Oktober 2009 nanti.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More