"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

10.9.09

Seorang Sekampit Beras Program Unik

Laporan akhbar Sinar Harian Pahang 9 September 2009
http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story4263989.asp


KUANTAN - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Pahang menganjurkan Kempen Seorang Sekampit Beras sempena bulan Ramadan bermula 28 Ogos lalu dan akan berterusan selama dua minggu sehingga 11 September ini.

Setiausaha Abim Pahang, Mahadi Deraman berkata, beras yang telah dikumpul akan diagihkan kepada golongan fakir miskin, anak yatim, mualaf dan golongan yang memerlukan.

Menurutnya, kempen ini diadakan pada bulan Ramadan, memandangkan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan sedekah pada bulan ini kerana ganjaran pahalanya akan dikurniakan berlipat kali ganda oleh Allah SWT.

“Kita memilih beras sebagai sumbangan kerana beras adalah makanan asasi penduduk negara ini. Ia juga merupakan keperluan utama manusia untuk hidup dan ia mudah diperoleh serta mudah untuk dibawa.

“Beras juga merupakan alat bagi mengukur timbangan menentukan nilai zakat fitrah dan sebab itulah kami memilih beras untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, terdapat beberapa pusat pengumpulan beras iaitu Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota dan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bukit Sekilau.

“Tempat lain yang turut menjadi pusat pengumpulan adalah Masjid Medan Tok Sira dan Farmasi Makmur (bersebelahan Klinik Al-Farabi) dan Pasar raya Eng Hong, berhadapan Stadium Darul Makmur.

“Orang ramai, syarikat korporat, kakitangan kerajaan dan orang perseorangan boleh membawa sendiri beras atau membeli beras di masjid yang berkenaan, kerana bekalan beras untuk dibeli disediakan pemborong bagi memudahkan orang ramai membeli terus di masjid,” katanya.

Menurutnya, masjid lain yang berminat untuk menyertai kempen ini dan mahu menjadikan masjid di tempat mereka sebagai pusat pengumpulan beras amat dialu-alukan berbuat demikian.

“Bagi mana-mana masjid yang berminat, bolehlah menghubungi sekretariat Abim Pahang di talian 013-4897703 atau saya sendiri di talian 016-9808625.

“Setakat ini program ini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Saya amat bersyukur atas sambutan dan sokongan orang ramai serta berharap lebih ramai yang tampil memberi sumbangan kepada orang yang memerlukan,” katanya.



0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More