
Program dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk 'Rasulullah SAW Suri Tauladan' yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Ustaz Hamdan Yusi bin Yusuf (Tuan Qadhi Daerah Kuantan). Dalam ceramahnya, Ustaz Hamdan telah menjelaskan peranan utama Rasulullah diutuskan ke muka bumi ini adalah untuk memberikan peringatan-peringatan agar manusia menerima kebenaran dan menolak kebatilan.
Pada sebelah petang, satu sesi forum yang membincangkan tajuk 'Belia Islam di Malaysia; Antara Isu dan Cabaran' telah diadakan melibatkan 3 ahli panel. Ahli-ahli Panel tersebut terdiri daripada Ustaz Azhar bin Jaafar (Pensyarah Kolej IKIP), Sdr. Jufitri bin Joha (Exco Hubungan Luar ABIM Pusat) dan Sdr. Abu Qassim bin Nor Azmi (Naib Presiden PKPIM).
Satu sesi tayangan video juga telah diadakan bagi mempelbagaikan pelaksanaan program. Video bertajuk 'The Message' telah dihidangkan untuk tontonan peserta yang mengisahkan perjuangan menyebarkan agama Islam bermula di Makkah sehinggalah kegemilangannya di Madinah. Para penonton sangat teruja kerana jalan cerita yang benar-benar berkesan dan memberikan keinsafan serta semangat dalam diri mereka.
Seminar ini telah disempurnakan penutupan rasminya oleh En. Nik Ismail bin Nik Wan Harun yang merupakan Timbalan Pengarah Belia dan Sukan Negeri Pahang. Turut hadir ialah En. Hambali bin Ahmad (Pengarah KKTM Kuantan), En. Idi Ladinda (Pegawai JBS) serta semua kakitangan KKTM.
0 ulasan:
Post a Comment