"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

11.9.09

Kegembiraan Berpuasa Dirasai Semasa Majlis Berbuka Puasa

KUANTAN, 9 September 2009 -- Atas semangat menghidupkan bulan Ramadan, ABIM Pahang telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada hari ini. Bertempat di Taska ABIM Al-Ihsan, Jalan Teluk Cempedak, majlis telah dihadiri seramai 150 orang yang terdiri daripada pimpinan WADAH Pahang, ahli-ahli ABIM Pahang, ahli-ahli PKPIM-IKATAN Pahang, guru-guru SERI/TASKI/Tahfiz/TASKA dan kaum keluarga. Tetamu undangan khas ke program ini ialah Sdr. Muhamad Razak Idris yang merupakan Presiden ABIM Pusat yang hadir bersama isterinya.

Bermula pada jam 6.30 ptg peserta memanfaatkan masa dengan membaca Zikir Al-Mathurat diikuti dengan jamuan makan pada jam 7.11 malam. Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah sebelum disusuli dengan Majlis Penyampaian Hadiah Hari Raya kepada guru-guru yang berkhidmat di Institusi Pendidikan ABIM Pahang. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Sdr. Muhamad Razak Idris.

Program diteruskan dengan Solat Isyak dan Tarawih berjemaah. Selepas selesai solat, Sdr. Muhamad Razak telah diberikan ruang untuk menyampaikan Tazkirah dan Motivasi Ramadan kepada peserta-peserta yang hadir. Dalam tazkirahnya, beliau mengingatkan semula peranan yang dimainkan ABIM dalam mencorak suasana hidup beragama sekitar awal tahun 70an. Peranan tersebut diteruskan pada tahun-tahun berikutnya sehingga sekarang. Justeru, generasi ketiga ABIM perlu meneruskan agenda dakwah ini bagi memastikan masyarakat Malaysia umumnya akan sentiasa mendapat limpahan rahmat Ilahi.

Program yang menjadi sebahagian daripada program Ihya Ramadan ABIM Pahang tahun ini dilihat berjaya mencapai objektifnya. Selain daripada merasai keseronokan berpuasa dan berbuka, jalinan ukhuwwah Islamiyah terus dapat dikukuhkan sesama ahli dan keluarga.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More