"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

16.9.09

Beras Sedekah Berjaya Diedarkan

KUANTAN, 16 Oktober 2009 ~~ Bagi menyemarakkan semangat Ramadan dan ibadah Sedekah, ABIM Pahang dan ABIM Kawasan Kuantan telah berganding bahu untuk mengedarkan semua beras-beras kampit yang telah dikumpulkan sejak awal bulan Ramadan lagi. Beras yang dikumpulkan daripada orang ramai dalam program 'Sedekah Seorang Sekampit Beras' dilihat sangat berjaya kerana telah mendapat sambutan yang hangat daripada umat Islam.



Beberapa lokasi telah dipilih untuk tujuan edaran sedekah beras ini. Lokasi-lokasi tersebut ialah Kampung Tanjung Api, Tanjung Lumpur, Kampung Cempaka termasuklah rumah-rumah anak yatim iaitu Permata Camar dan Maahad Bahasa dan Ilmu AL-Quran (MABIQ)

Sebanyak hampir 100 kampit beras 10KG dan 5KG berjaya diedarkan selama 2 hari program. ABIM Pahang yang diketuai oleh Sdr. Mahadi Deraman (SU) tanpa mengira cuaca panas dan penat berpuasa telah berjaya menunaikan amanah dan sedekah umat Islam di daerah Kuantan. Pasukan pengedar ini juga disertai oleh Sdr. Norhasanin (YDP ABIM Kawasan Kuantan), Sdr. Hasnul Radzi (TYDP ABIM Pahang) dan Sdr. Mohd Salleh (SU ABIM Kawasan Kuantan).

Program sedekah beras ini bukan sekadar sedekah semata-mata, jauh daripada itu ialah rasa keinsafan yang dirasai oleh pasukan pengedar selepas menziarahi umat-umat Islam yang boleh dikatakan miskin di rumah-rumah mereka. Hal ini juga sedikit sebanyak menambahkan kesyukuran ahli-ahli ABIM Pahang yang sentiasa dilimpahi rahmat dan barakah daripada ALlah SWT.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More