"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

7.9.09

Bengkel Kerja ABIM Pusat Pilih Tema 'Gerakan Ilmu dan Bakti'

KAJANG, 6 September 2009 -- Selepas selesai berbengkel selama 2 hari dan 1 malam, para peserta Bengkel Kerja ABIM telah mengambil ketetapan untuk mengangkat tema 'Gerakan Ilmu dan Bakti' untuk dilaksanakan sepanjang sesi 2009/2011 ini. Bengkel Kerja ABIM ini telah diadakan pada 5 - 6 September 2009 yang lalu bertempat di Kolej Darul Hikmah (KDH) Kajang. Bengkel ini adalah susulan kepada Muktamar Sanawi ABIM Pusat kali ke 38 yang telah ditangguhkan dengan Ucapan Penangguhan Presiden ABIM yang baru dengan menyentuh peranan ABIM melalui bidang keilmuwan dan perkhidmatan. ABIM Pahang telah diwakili oleh Sdr. Muhammad Hisyamudin (YDP) dan Sdr. Mahadi Deraman (SU) ke program ini.

Sesi pagi dimulakan dengan ucapan alu-aluan Presiden ABIM Sdr. Muhamad Razak Idris diikuti dengan Ucap Utama oleh Ybhg. Prof. Dato' Dr. Siddiq Fadzil selaku Presiden WADAH. Sesi kedua pula membincangkan tajuk "Ke Arah Pengukuhan Kedudukan dan Wibawa ABIM Sebagai Sebuah Organisasi Ilmu". Sesi ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Rosnani Hashim, Prof. Madya. Dr. Abdul Halim El-Muhammady, Dr. Mohd Farid Shahran dan Dr. Amran Muhammad.



Sesi petang pula diteruskan dengan perbincangan tajuk "Ke Arah Memantapkan dan Mempelbagaikan Produk Perkhidmatan ABIM Kepada Belia dan Masyarakat". Para pembentang terdiri daripada Datin Fatini Yaakub, Ybhg. Prof. Dato' Dr. Zaleha Kamaruddin, Dr. Ishak Mas'ud, Prof. Madya Shaharudin Badaruddin, Ustaz Mahyuddin Ashari dan Ybhg. Dato' Dr. Abdul Razak Kechik.



Selain program Bengkel Kerja ABIM ini, satu Majlis Iftar turut diadakan pada hari yang sama. Majlis yang dianjurkan oleh ABIM, WADAH, PKPIM dan seluruh agensi ini telah dihadiri ramai ahli dari seluruh negara. Selepas solat sunat tarawih, satu majlis Tazkirah Ramadan telah diadakan. Tazkirah telah disampaikan oleh Ybhg. Prof. Dato' Dr. Siddiq Fadzil.


0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More