"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

6.9.09

ABIM Pahang Edar Beras Dalam Ziarah Mahabbah

SUNGAI MAS, 5 September 2009 -- ABIM Pahang telah bersama menjayakan satu aktiviti dakwah kepada Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Mas yang terletak di dalam kawasan Sungai Lembing, Kuantan. Aktiviti ini yang dianjurkan oleh Yayasan Pahang ini turut disertai oleh wakil dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Pahang (JHEOA), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), dan Kelab Motor Pahang Riders.



Aktiviti bermula dengan semua peserta berkumpul di perkarangan pintu masuk Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan seawal 8.00 pagi. Para peserta kemudiannya dibawa bersama dalam satu ekspedisi bermotosikal dari Masjid Negeri ke Kampung Sungai Mas di Sungai Lembing. Di sana, para peserta disambut secara sederhana oleh Masyarakat Orang Asli yang merupakan penduduk Kampung Sungai Mas. Para peserta kemudiannya diajak untuk bersama-sama berkumpul di dalam khemah peserta.

Acara pagi itu dimulakan dengan program Syahadah di mana keluarga Encik Putih telah dijemput untuk mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Al Fadhil Qhadi Kuantan, Tuan Hj. Hamdan Yusi b Yusof, sebagai tanda mereka telah memeluk agama Islam. Dianggarkan hamper 50 peratus penduduk Kampung Sungai Mas telah pun memeluk Islam.



Acara diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh ADUN Sungai Lembing, YB. Dato' Md. Sohaimi Mohamed Shah dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, YB Dato’ Wan Rosdy Wan Ismail. Di dalam ucapan mereka, kedua-duanya menekankan kepentingan pendidikan sebagai wadah untuk meningkatkan pencapaian diri dan keluar dari kepompong kemiskinan.

Acara kemuncak iaitu sumbangan beras kepada masyarakat Islam Orang Asli Kg Sungai Mas dijayakan bersama wakil ABIM Pahang dengan bantuan dari peserta lain terutamanya Pahang Riders. YB Dato’ Md Sohaimi dan juga YB Dato’ Wan Rosdy telah berbesar hati untuk menyampaikan sendiri sumbangan kepada penduduk Kg Sungai Mas. Sebanyak 75 kampit beras hasil sumbangan orang ramai sekitar Kuantan telah berjaya disampaikan kepada Masyarakat Islam Orang Asli Kg Sungai Mas.



Sebagai penutup kepada acara hari itu, ABIM Pahang mengikuti satu lagi Ekspedisi bermotosikal ke Bukit Kuantan bagi menyempurnakan sumbangan kepada satu keluarga yatim piatu yang juga merupakan keluarga angkat kepada salah seorang peserta Pahang Riders.

Disediakan oleh : Hasnul Radzi Yahya (TYDP ABIM Pahang)
Gambar oleh : Azman Alik (SUK ABIM Pahang)

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More