"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

14.8.09

Usrah Gabungan Di Ambang Ramadan

KUANTAN, 13 Ogos 2009 -- Bagi menyemarakkan semangat menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia, ABIM Pahang telah mengadakan Usrah Gabungan. Usrah Gabungan ini telah diadakan di SERI ABIM Indera Mahkota dan dihadiri oleh ahli-ahli usrah exco dan usrah-usrah unit PKPIM-UIAM Kuantan. Pengisian telah disampaikan oleh Sdr. Muhammad Hisyamudin (YDP ABIM Pahang) dan Sdr. Amidi Abdul Manan (Timbalan YDP ABIM Pusat).

YDP ABIM Pahang telah menghuraikan mengenai penghayatan bulan Ramadan daripada perspektif gerak kerja dakwah. Antara lain beliau menjelaskan bahawa dimensi niat puasa yang mempunyai masa yang tertentu serta perilaku yang tertentu perlu diaplikasikan dalam gerak kerja dakwah. Seterusnya, beliau menyentuh ciri ibadah puasa yang bersifat rahsia yang perlu difahami dan diterapkan dalam startegi dakwah. Selanjutnya, ganjaran untuk orang yang berpuasa adalah ketika di dunia dan di akhirat adalah sama perspektifnya dengan ganjaran yang dijanjikan Allah kepada hamba-hambanya yang menjalankan usaha menegakkan agama Islam.

Timbalan Presiden ABIM pula menyentuh mengenai keberkatan bulan Ramadan yang didalamnya terkandung pelbagai hikmah untuk menguatkan semangat juang dalam usaha dakwah. Komitmen berpuasa harus diterjemahkan dalam kehidupan ahli-ahli ABIM menerusi komitmen kepada usaha dakwah. Beliau juga menyarankan supaya semua ahli terus berusaha menambahkan ilmu pengetahuan sebagai panduan untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More