"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

5.8.09

Selamat Maju Jaya Barisan Kepimpinan Baru

SHAH ALAM, 2 Ogos 2009 -- Barisan Kepimpinan ABIM yang baru telah diumumkan di hujung sidang Muktamar Sanawi ke 38 ABIM yang baru berlangsung. Barisan kepimpinan ini diberikan amanah selama 2 tahun untuk penggal 2009-2011.


Barisan Kepimpinan baru ini diketuai oleh Sdr. Mohd. Razak Idris selaku Presiden, Amidi Abdul Manan (Timbalan Presiden), Ahmad Saparuddin Yusup (Naib Presiden Kebangsaan), Khairul Faiz Morat (Naib Presiden Antarabangsa), Fadhlina Siddiq (Naib Presiden HELWA), Muhd Raimi bin Ab.Rahim (Setiausaha Agung), P.Aizan Tukirin (Setiausaha Kewangan) dan Maria Kamel (Pen. SUA).

Manakala barisan AJK pula dibarisi oleh Naim Mohd Noor (Dakwah), Mohd Hilmi Ramli (Penerangan), Akmal Hisham Abdul Rahim (Pembangunan Sosial), Fauwaz Hasbullah (Penyelidikan), Abdul Razak Aripin (Penataran), Dr Haslinda Abdullah (Pendidikan), Dr Mohd Mahyudi Bin Yusop (Ikhtisas), Dr Saifullah Al-Hany Abdul Halim (Kesihatan), Noryzal Zainal Abidin (Latihan), Jufitri Joha (Perhubungan Antarabangsa dan Adli Abdul Wahid (IT Perhubungan).

Dalam Ucapan Penangguhannya, Sdr. Mohd. Razak selaku Presiden ABIM yang ke 7 telah mencadangkan supaya kepimpinan yang baru memberi tumpuan kepada usaha-usaha menjadikan ABIM sebagai sebuah pertubuhan yang dikongsi kehadirannya oleh seluruh warga atau generasi belia Islam di Malaysia. Untuk tujuan itu, ABIM perlu meningkatkan kewibawaannya pada kacamata masyarakat dan belia Islam khususnya. Selain itu, ABIM hendaklah memastikan setiap perancangan kegiatan dan program yang dikelolakan akan melibatkan penyertaan oleh kelompok belia yang lebih meluas yang berada di segenap peringkat kelompok dan pelusuk samada di desa dan di bandar.

Seluruh kepimpinan ABIM Pahang mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada barisan kepimpinan ABIM Pusat yang baru. Sinergi di antara kepimpinan negeri Pahang dan Pusat akan menjadikan usaha dakwah lebih berkesan dan dirasai oleh masyarakat Islam keseluruhannya.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More