"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

3.8.09

Perwakilan ABIM Pahang Hadiri Muktamar Sanawi ABIM Pusat ke 38

SHAH ALAM, 2 Ogos 2009 -- Bersempena dengan Muktamar Sanawi ABIM kali ke 38, ABIM Pahang turut tidak ketinggalan menghadirinya dengan menghantar seramai 10 orang perwakilan. Muktamar yang telah diadakan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jamaah (SAMTTAJ), Shah Alam itu telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 31 Julai 2009.


Selain sesi persidangan muktamar, perwakilan Pahang juga telah menghadiri program-program iringan sepanjang muktamar kali ini seperti Seminar Tajdid dan Gerakan Dakwah, Pidato Perdana Generasi Salehuddin, pameran dan jualan.


Sesungguhnya, kehadiran perwakilan ABIM Pahang sangat besar ertinya kerana segala aspirasi, idealisme, isi-isi perbahasan sepanjang muktamar telah dikongsi bersama dengan semua ahli ABIM Pahang. Ini akan menguatkan lagi semangat ahli-ahli ABIM Pahang untuk terus melaksanakan program-program dakwah dengan lebih baik pada masa-masa akan datang.


Semoga berjumpa lagi pada Muktamar Sanawi pada tahun hadapan.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More