"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

4.8.09

Mantan YDP ABIM Pahang Dilantik Timbalan Presiden ABIM

SHAH ALAM, 2 Ogos 2009 -- Selepas berkhidmat selama 4 penggal sebagai Yang Dipertua ABIM Pahang, Sdr. Amidi bin Dato' Abdul Manan telah diberikan kepercayaan untuk menerajui ABIM Pusat. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden ABIM yang baru untuk penggal 2009/2011.


Sesungguhnya pelantikan Sdr. Amidi ini adalah satu penghormatan yang cukup tinggi kepada ABIM Pahang. Pelantikan ini juga sudah tentu akan menjadikan ABIM Pahang lebih aktif dalam menjalankan misi-misi dakwah di bumi negeri Pahang yang makmur ini.

ABIM Pahang mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Sdr. Amidi dan mendoakan beliau mampu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More