KUANTAN, 9 Ogos 2009 -- Selepas selesai mengadakan Muktamar Sanawi ke 36, barisan kepimpinan ABIM Pahang telah memulakan langkah perjuangan dengan mengadakan Bengkel Perancangan Strategik untuk sesi 2009/2010. Bengkel tersebut telah diadakan di Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota. Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti fokus dan hala tuju serta bidang-bidang keberhasilan utama untuk dilaksanakan seterusnya dinilai pencapaiannya di akhir penggal nanti.
Bengkel yang dihadiri oleh exco-exco ABIM Pahang ini telah merumuskan fokus untuk memperkemaskan urusan gerakan, mendekati masyarakat dan membangunkan belia Islam dengan latihan dan kemahiran. Dalam fokus urusan gerakan, ABIM Pahang akan berusaha menambah keahlian baru samada menerusi program ataupun pendaftaran secara terus. Dalam masa yang sama, barisan kepimpinan ABIM Daerah juga akan diberikan perhatian. Dalam fokus mendekati masyarakat, ABIM Pahang akan melaksanakan program-program seperti TAQWA dan khidmat masyarakat. Manakala fokus pembangunan belia Islam pula akan dilaksanakan melalui program latihan keluarga Islam.
Sesi bengkel kali ini telah ditutup oleh Sdr. Amidi Abdul Manan yang merupakan Timbalan Yang Dipertua ABIM. Beliau telah menjelaskan struktur gerak kerja ABIM Pusat untuk sesi 2009/2011 dan penyepaduan usaha dakwah di antara ABIM Pusat dan ABIM Pahang.

0 ulasan:
Post a Comment