"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

29.8.09

ABIM Pahang Lancar Program 'Sedekah Seorang Sekampit Beras'

Kuantan, 28 Ogos 2009 -- Sebagai salah satu program Penghayatan Ramadan tahun ini, ABIM Pahang telah melancarkan program 'Sedekah Seorang Sekampit Beras'. Program ini menjadi pengisian berbentuk sedekah dan infaq sepanjang bulan Ramadan selain program-program bercorak ibadah amali yang akan dianjurkan. Pelancaran telah diadakan di perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dan telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada Imam Besar Masjid Negeri dan kakitangan pejabat masjid.

Program 'Sedekah Seorang Sekampit Beras' ini akan berlangsung bermula hari ini sehingga 11 September nanti. Pada 12 September, beras-beras yang telah disedekahkan oleh orang ramai akan diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan saudara baru. Beras-beras yang disedekahkan oleh orang ramai akan dikumpulkan di pusat-pusat pengumpulan. Pusat pengumpulan berada di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota dan Masjid Saidina Abu Bakar Bukit Sekilau.

Orang ramai yang hadir menunaikan solat fardhu Jumaat pada hari ini telah mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah sedekah di dalam bulan Ramadan dengan adanya program sebegini. Beras-beras kampit 5 KG dan 10 KG telah disediakan di luar masjid bagi memudahkan orang ramai membelinya sebelum disedekahkan kepada wakil ABIM Pahang pada hari ini. Orang ramai yang mengambil bahagian memuji usaha yang digerakkan oleh ABIM Pahang kerana program sebegini dianggap unik dan menjadi pelengkap kepada pesta ibadah sepanjang bulan Ramadan ini.

Sebanyak lebih 300 kampit beras telah berjaya dikumpul pada hari ini. Imam Besar Masjid Negeri kemudiannya telah mengadakan mesyuarat dengan wakil-wakil NGO Islam negeri Pahang bagi membuat perancangan untuk mengagih-agihkan hasil sedekah ini kepada golongan yang memerlukan.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More