"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

23.6.09

Seminar Tajdid Generasi dan Gerakan Dakwah

Photobucket

Seminar Tajdid Generasi Dan Gerakan Dakwah : Menangani Kemelut Sosio-Politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah Ruhaniah.

Tarikh : 10 Syaaban 1430H / 1 Ogos 2009 (Sabtu)

Tempat : Dewan Besar, Universiti Industri Selangor (UNISEL), Shah Alam

klik imej untuk paparan lebih besar


Muqaddimah
Fenomena globalisasi kontemporari menawarkan peluang terbaik untuk generasi muda Islam dan gerakan dakwah untuk membuktikan kerelevanan Risalah Islam dalam menangani persoalan semasa. Globalisasi telah membangkitkan pelbagai kemelut sosio-politik umat manusia sejagat. Kemelut sosio-politik dan ekonomi global di samping kemelut semasa yang melanda sosio-politik ummah, telah berterusan menghambat kemajuan dan peningkatan pemikiran dan persaingan masyarakat negara ini ke tahap yang lebih tinggi di persada antarabangsa.

Konflik politik kepartian di kalangan umat Islam, jurang perbedaan keupayaan ekonomi yang semakin melebar antara golongan miskin dan kaya, permasalahan sosial umat yang semakin hari nampaknya semakin pesat; kesemuanya memerlukan satu penelitian yang rapi di samping kesungguhan yang padu demi menggarap persoalan-persoalan ini samada di peringkat lokal serta global. Generasi Islam dan gerakan dakwah abad ke-21 kini sebenarnya berdepan dengan realiti sosio-politik yang sangat rumit akibat dari globalisasi yang dipacu oleh liberalisasi modal dan komunikasi massa.

Justeru, kefahaman yang jitu terhadap tasawwur atau worldview globalisasi mestilah dimiliki oleh generasi muda dan gerakan dakwah semasa untuk disaring, dicerna dan diolah semula supaya menepati rujukan tasawwur Islam. Ini sekaligus memerlukan generasi dan gerakan dakwah abad ke-21 berupaya menggali, menghargai, memahami, menghayati serta memperjuangkan khazanah dan warisan tradisi ilmiah-ruhaniah Islam sebagai bekalan penting menghadapi ombak dan badai globalisasi.Menginsafi realiti sosio-politik ummah yang semakin hari semakin parah ini maka bersempena dengan Muktamar Sanawi Ke-38, ABIM akan menganjurkan SEMINAR TAJDID GENERASI DAN GERAKAN DAKWAH bertemakan “Menangani Kemelut Sosio - Politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah Ruhaniah”.

Objektif Seminar
1. Mengenalpasti dan memahami peranan generasi dan gerakan dakwah Abad ke-21 dengan memahami perubahan sosio-politik kontemporari.

2. Mengenalpasti dan memahami khazanah dan warisan tradisi ilmiah - ruhaniah Islam yang terbukti berjaya membina kehidupan individu, tatacara bermasyarakat dan sistem peradaban Islam yang dihormati oleh tamadun - tamadun besar dunia.

3. Mengenalpasti dan memahami strategi - strategi berkesan untuk dimanfaatkan dari khazanah dan tradisi ilmiah - ruhaniah Islam bagi menghuraikan sebahagian dari kemelut sosio-politik ummah dan juga cabaran-cabaran globalisasi.

Pembentang Kertas Kerja

Sesi 1 : Cabaran Globalisasi dan Sekularisme: Panduan Tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah
1. Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Timb. Ketua Pengarah Eksekutif International Institute Of Advance Islamic Studies (IAIS)
2. Dr. Khalif Muammar, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA - UKM)
3. Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sesi 2 : Membina Asas Keruhanian Umat dalam Mendepani Cabaran Dunia Moden
1. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam, Ahli Majlis Syura ABIM Kedah
2. Al-Fadhil Ustaz (Dr.) Uthman El Muhammady, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC - UIAM)

Sesi 3 : Islam dan Pembinaan Negara Bangsa : Di Manakah Kita?
1.* YB Dato’ Razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia & Ahli Parlimen Muar
2. YB Salahuddin Hj. Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian
3. Dr. Mohd. Nor Nawawi, Dekan Pusat Pengajian Siswazah,Universiti Industri Selangor (UNISEL)
* Tertakluk pada sebarang perubahan.

Makluman Yuran Penyertaan

a)Ahli ABIM:
Seminar & Muktamar- RM 100.00
Seminar sahaja- RM 60.00
Muktamar sahaja- RM 50.00
Program IKRAK- RM 60.00
Nurseri- RM 20.00 seorang x sehari

b)Bukan Ahli ABIM:
Seminar:
d)Individu- RM 100.00
e)Organisasi(3org& Lebih)- RM 80.00
f)Pelajar/ Mahasiswa- RM 30.00
g)Nurseri- RM 25.00 seorang x sehari

* Yuran penyertaan tidak termasuk penginapan .

Hubungi Urusetia Seminar
Sebarang kesulitan yang timbul, sila berhubung dengan kami di talian 03-6188 0300 atau 016-208 4300 atau melalui email muktamar@abim.org.my dan seminar@abim.org.my

Pejabat Setiausaha Agung - Jufitri (016-2124700)/ Maria (016-2635700) / Hilwah (016-2254482) / Siti Aidil (016-215 6300)

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More