"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

11.7.09

Sejarah Tercipta!! Muktamar Sanawi Serentak WADAH, ABIM dan IKATAN Pahang.

KUANTAN, 10 Julai 2009 -- Cita-cita murni ahli-ahli Jemaah Pahang akhirnya menjadi kenyataan hari ini apabila Muktamar Sanawi ketiga-tiga komponen jemaah telah berlangsung hari ini. Muktamar telah diadakan di Bilik Seminar, Kompleks Dagangan Mahkota berdekatan dengan UIAM Kampus Pahang di Indera Mahkota.

Lebih bersejarah lagi ialah Muktamar WADAH Pahang dan IKATAN Pahang adalah julung-julung kali diadakan pada hari ini. Dalam masa yang sama, Muktamar ABIM Pahang sudah menjengah untuk kali ke 36 bagi meneruskan tradisi bermuhasabah untuk menilai pencapaian gerak kerja dakwah sepanjang sesi 2008/2009 yang baru berlalu.

Muktamar Selari ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Prof. Madya Dr. Abu Bakar (Exco WADAH Pusat) serta turut dihadiri oleh Sdr. Fauwaz Hasbullah (Pen. Setiausa Agung ABIM Pusat). Seramai lebih kurang 100 orang ahli WADAH, ABIM dan IKATAN Pahang telah hadir ke muktamar yang bersejarah ini.

Muktamar ini juga telah menyaksikan peralihan kepimpinan untuk ketiga-tiga komponen jemaah. Pengerusi WADAH Pahang yang baru ialah Ustaz Asaari@Kamaluddin bin Yatim, Yang Dipertua ABIM Pahang pula ialah Sdr. Muhammad Hisyamudin bin Hj. Baharudin manakala Yang Dipertua IKATAN Pahang pula telah diamanahkan kepada Sdr. Azwiralbukhairi bin Ab. Aziz.

Semoga ketiga-ketiga wadah dakwah di negeri Pahang ini akan sentiasa diberikan rahmat dan perlindungan daripada ALlah SWT.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More